in

“Salam artis roh dan jiwa rosak” – Golongan Artis ‘Kecil Hati’ Dengan Ceramah Ustazah Ini Sebab…

Salam Artis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai Siti Afifah Shahbudin telah tular di TikTok berkenaan kenyataannya yang melabel golongan lelaki sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat aurat isteri ketika melahirkan anak.

Kenyataan ‘ustazah’ tersebut telah mengundang pelbagai persoalan serta kecaman dan hari ini, namanya menjadi sebutan lagi tetapi di kalangan artis menerusi satu video yang dikongsikan penyanyi tersohor, Aishah.


“Salam dengan artis boleh rosakkan roh dan jiwa” 

Menerusi perkongsian Instagram penyanyi berkenaan, ‘ustazah’ tersebut dilihat menyampaikan ceramah berkenaan ‘salam’ yang mana dia menyatakan perbezaan orang zaman dahulu yang berebut-rebut mahu bersalam dengan ulama berbanding sekarang yang lebih mahu bersalam dengan artis.

Kalau jumpa ulama berebut bersalam, bukan macam kita berebut nak salam artis. Salam artis tu rosak roh kita, jiwa kita akan rosak. 

“Akan tetapi bila berjumpa dengan orang yang rajin beribadah, jumpa orang tua kita pun ada roh dan jiwa tersendiri,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CkszxzTAylB/

Ustazah itu juga sempat mengajarkan cara salam anak-anak kepada ibu bapa dengan betul iaitu mencium tangan dan bukannya meletakkan tangan ke dahi seperti dilakukan oleh kebanyakan orang.

“Boleh bagi rujukan dan dalil yang sahih tak…” 

Aishah menerusi kapsyen posting dimuat naiknya meminta agar ustazah tersebut tampil memberi rujukan dan dalil yang sahih berkenaan perkara yang diutarakannya.

Boleh bagi rujukan dan dalil yang sahih tak tentang perkara ini ustazah,” kata Aishah.

Malah rakan artis lain seperti Nurul Depp dan Nora Ariffin serta netizen di ruang komen juga tampil memberi pendapat masing-masing berkenaan hal itu.

Pening

Mungkin ada individu yang lebih arif boleh bagi pendapat tentang hal ini. 

Baca: Ustazah Label Kaum Suami Dayus, Jika Biarkan Doktor Lelaki Yang ‘Sambut’ Bayi

Wanita Bersalin Disambut Doktor Lelaki

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.