Siapa sahaja tak kenal dengan lagu Janji Manismu yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini, lagu yang dinyanyikan oleh Aishah itu menjadi fenomena satu ketika dahulu.
Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin baru-baru ini berkongsi dia pernah berdepan dengan pengalaman mistik sepanjang bergelar anak seni.
“Saya terlalu menderita disebabkan itu (sihir), tapi benda ini kita tak masuk ICU (Unit Rawatan Rapi), jadi tak boleh nak ceritalah. Cerita pun nanti ada orang kata tak betul.
Benda tak jadi depan mata, yang tiada sijil mengatakan ini sakit tapi jawapan pendeknya, ya saya pernah ‘terkena’. Banyak sangat, kalau ada masa untuk tulis pengalaman memang boleh dibukukan.
Apa penyakit yang saya tak pernah rasa? Santau, busung dan turun darah berbulan-bulan, itu semua saya dah kena tapi Allah tunjukkan orang buat macam mana pun belum masa saya ‘pergi’,” katanya.
View this post on Instagram
Menurut laporan Kosmo!, Aishah berkata disebabkan itu dia agak risau untuk menyertai mana-mana rancangan realiti tempatan.
Pemenang Anugerah Juara Lagu 95′ itu juga berkata dalam era masa kini sewajarnya semua individu dalam mana-mana lapangan termasuk penyanyi bertanding secara sihat atau jangan mengamalkan perkara khurafat semata-mata ingin nampak hebat.
Sumber: Kosmo!