in

“Lagu inggeris memang makanan dia!” – Vokal Mantap Aishah Nyanyi Lagu Miley Cyrus Buat Netizen Terpegun

Aishah Kurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak bakat dalam bidang seni tanah air yang boleh dikira sebagai lejen, ia termasuklah penyanyi pop sejak era 80-an hingga kini iaitu Dato’ Aishah, suaranya yang lunak sentiasa diingati dan lagu Janji Manismu menjadi siulan sehingga ke hari ini.


Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin juga merupakan juara rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza pada tahun 2017, baru-baru ini beliau memuat naik videonya menyanyikan lagu berjudul Flowers oleh Miley Cyrus.

Rata-rata netizen memuji cara nyanyian penyanyi lagenda itu menyampaikan lagu berbahasa Inggeris namun lebih mencuri perhatian ialah penampilan Aishah yang dilihat semakin kurus dan tampak lebih muda.

@aishahjmm

Woohooo to all those who can relate to this sonģ,lets dance?????#santaibersamaAishah #Aishahjmm #Aishahjmmofficial #flowers #coversong #myleycyrus

♬ original sound – Wan Aishah Wan Ariffin – Wan Aishah Wan Ariffin

“Hampir tak kenal ya!” 

Sebelum ini penyanyi berusia 58 tahun itu mendedahkan beliau telah membuat pembedahan bariatric bagi tujuan kesihatan.

Pun begitu, penampilan pelantun lagu Melukut Tepi Gantang itu mencuri perhatian netizen dan sudah pastinya ramai yang memuji transformasinya itu.

Cats 2

Sebagai info, Aishah sebelum ini pernah menyanyikan lagu-lagu pop dance seperti “Never Give Up On You”, “Paradise” pada tahun 1988 dan menduduki banyak carta muzik dunia.

Malah, single “Dont Let Me Fall Alone” pernah menduduki carta Billboard Hot 100 sekaligus menjadikan satu-satunya artis Malaysia yang berjaya mendaki carta Billboard di Amerika Syarikat.

Inspiring betul! 

Baca: “Dah membazir 2 hari” –  Isu Kes Tuntutan Tanah Selesai, Aishah Ralat Penaja Rupanya Muflis

Ft Aishah Menang Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.