in

“Salah seorang mangsa isteri nak bersalin bulan depan” – Netizen Sedih Ramai Terlepas Berita Letupan Pengerang Sebab Covid-19

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang terlepas pandang gara-gara angka kes Covid-19 yang naik mendadak hujung minggu lepas.


So, untuk yang tak tahu, Ahad malam lepas, berlaku kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang di Kota Tinggi, Johor Bahru. Tragedi ini telah meragut nyawa lima mangsa, lapor Berita Harian.

Brentungh1 1584331025

Dalam kejadian yang berlaku pada 10.50 malam ini, empat mangsa Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor dan Che Huzaidy Che Harun ditemui maut akibat letupan tersebut dan satu mangsa cedera parah dan seorang lagi sempat menyelamatkan diri.

Ada tujuh mangsa iaitu empat rentung yang dikeluarkan anggota JBPM, seorang melecur 70 peratus dikeluarkan Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team), seorang mangsa dapat menyelamatkan diri manakala seorang lagi masih hilang.”

Mangsa hilang, Hadi Syafiq Jamil hanya ditemui rentung pada tengah hari semalam oleh anggota bomba menjadikan mangsa maut seramai lima orang.

Kalau korang nak tahu, letupan dan kebakaran di Pengerang ini membabitkan Plant Diesel Hydro Treater Unit (HTU) yang menjalankan proses membuang sulfur dari diesel mentah menggunakan gas hidrogen.

Kerana berita ini kurang mendapat perhatian ramai, seorang netizen telah mengingatkan orang ramai untuk mengingati mangsa-mangsa letupan yang mempertaruhkan nyawa mereka demi tugasan itu.

Tambah menyedihkan, netizen ada mengatakan salah seorang isteri mangsa letupan sedang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak bulan depan.

Screenshot 2020 03 17 At 12.26.54 Pm Down

Admin ucapkan takziah pada keluarga mangsa-mangsa yang maut dalam tragedi ini.

 

Baca: “Bergegar sliding door rumah, ingat gempa bumi” – Letupan Di Rapid Pengerang, Penduduk Sekitar Terkejut Rumah Terasa Gegaran Kuat

Screenshot 2020 03 17 At 12.41.15 Pm

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.