in

“Salah pukul orang” – Isu Bergaduh Futsal, YouTuber Tampil Cerita Hal Sebenar & Mohon Maaf Secara Terbuka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan penularan video seorang YouTuber yang dikenali sebagai Isa Isarb berhubung dengan insiden pergaduhan di gelanggang futsal.


Isa tampil beri keterangan dan menjelaskan situasi sebenar terhadap apa yang berlaku. Dalam videonya menerusi Instagram itu, Isa akui geng dia salah pukul orang.

Dapat panggilan dari Midvalley, ada artis-artis lain, ada influencer lain pukul kawan aku dekat futsal, aku tanya dia kat mana, dia cakap dekat Ferro Futsal.”

Bila dengar kawan disakiti, dia jadi marah dan terus bergegas ke lokasi tersebut.

“Time tu aku terus bergegas datang ke Ferro, so waktu aku on the way ke sana, Hafiz ni dah call abang-abang dekat Sungai Buloh sebab dekat Sungai Buloh kita membesar.”

“Bila saya sampai dekat Ferro Futsal tu memang datang dalam keadaan marah sebab kawan kena pukul dan kena pukul dekat ramai orang.”

Katanya, dalam keadaan marah, dia buat juga apa yang orang lain buat (bergaduh).

“Diaorang pukul, saya pukul balik, tapi yang benda tu sahih ke tak sahih yang Hafiz dipukul ramai-ramai tu, itu sampai sekarang saya belum tahu lagi.”

Bagaimanpun, Isa menjelaskan kesahihan punca kejadian tersebut dia masih belum terima sampai sekarang, apa yang dia lakukan pada waktu itu hanyalah sekadar nak back up kawan.

“Sebab bila tanya dengan side sana, Hafiz ni dia kena pukul dengan seorang dan yang lain semua pegang je dan abang kepada budak tu datang pegang kolar dia.”

“Ada juga yang cakap, Hafiz dia kena tumbuk dengan sorang je dan abang dia dah pukul adik dia yang tumbuk tu.”

Tambahnya, situasi di situ berlaku pergduhan bukan sahaja satu tetapi ada beberapa tempat dalam tempat futsal. Boleh rujuk video di bawah nanti.

“Bila saya balik, saya dapat call daripada Aedy Ashraf, dia tanya apa kes bro. Saya cerita apa yang berlaku kat sana.”

Katanya, Aedy Ashraf menjelaskan kepadanya bahawa mereka dah salah pukul orang.

“Time tu baru saya step back dan mula fikir balik, habis tu siapa yang pukul Hafiz, saya tanya balik dengan diaorang.”

Malah, Aedy juga menjelaskan bahawa individu yang memukul kawan mereka pada waktu itu adalah remaja berumur 18 tahun.

“Saya terus pergi ke balai polis, buat report dan ceritakan apa yang berlaku. Team saya buat report, team dia buat report.”

Dia mendapat satu panggilan daripada individu yang bernama Rahimi (individu yang mengalami kecederaan paling teruk dalam pergaduhan).

“Dia (Rahimi) ni saya boleh cakap baiklah, sebab waktu dia cakap dia tersalah kena pukul pun dia call, dia cakap bro aku tengok channel kau, so esok kalau kes ni dah jadi kes polis semua mungkin akan mencemarkan kau punya air muka.”

Kata Isa lagi, walaupun Rahimi dah kena pukul masa tu, dia masih boleh bercakap dengan baik dekat Isa.

“So time tu aku jadi sebak, rasa bersalah. Aku minta maaf dengan dia time tu jugak”

“Dia sendiri bagi idea dia cakap Isa tak apa, nanti benda ni jejas air muka kau, tak apa lah aku tarik balik report aku. Cuma tadi aku tadi ada pergi klinik dan semua kos rawatan dalam RM 2,000.”

Rahimi meminta bayar ganti rugi sebanyak RM 10,000, bagaimanapun selepas membuat rundingan bayaran dikurangkan kepadaa RM8,000.

“RM 2,000 dah buat bayar klinik, dan RM 8,000 tu tak setanding pun dengan darah yang dia dah keluar tu, saya tak fikir banyak ok saya pun transfer sekarang lah, cuma sekarang saya dah boleh transfer RM5,000 dan bulan depan saya transfer lagi RM3,000”.

Ini kerana duit itu perlu datang daripada Hafiz, Isa ada menunjukkan bukti pembayaran. Masih rasa bersalah, Isa menjelaskan sehingga kini dia masih belum tahu punca sebenar tercetusnya pergaduhan itu.

“Itu kita lepas dekat PDRM je, sebab mereka sahaja ada kuasa tengok CCTV kat situ.”

Bagaimanapun, ia dianggap selesai selepas Hafiz dan Rahimi, masing-masing dah tarik kes.

“Malam tu juga dah selesai semua benda, esok pagi bila bangun tidur, tak tahu siapa ambil gambar Rahimi daan surat report dan viralkan kat Twitter.”

Disebabkan spekulasi yang mengatakan Isa datang bawa 5 kereta untuk belasah mangsa, ia sebenarnya tak benar. Tengok penjelasannya di bawah ini.

Bagaimanpun, Isa membuat permohonan maaf atas tindakannya yang mengikut emosi.

 

Baca : Bergaduh Gara-gara ‘Koyak’ Main Futsal, YouTuber Bawa Geng Pukul Seorang Lelaki?

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.