in

Bergaduh Gara-gara ‘Koyak’ Main Futsal, YouTuber Bawa Geng Pukul Seorang Lelaki?

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam viral di media sosial sebuah video pergaduhan di gelanggang futsal yang dikatakan melibatkan geng YouTuber terkenal dan seorang lelaki. Dengar kata, pergaduhan tu terjadi sebab ada yang tak puas hati gara-gara futsal.


Pergaduhan itu telah disahkan oleh Asisten Komisioner Abd Khalid Othman iaitu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, lapor Harian Metro.

Gaduh 1

Difahamkan, mereka yang terlibat telah tampil membuat laporan polis dan kejadian tersebut telah berlaku di sebuah court futsal di Taman Perindustrian Subang, kira-kira jam 10.30 malam beberapa hari lalu.

Pergaduhan bermula bila lelaki yang berusia 22 tahun tak puas hati sebab remaja lelaki yang berumur 19 tahun buat ‘terjahan keras’ padanya ketika bermain.

Jadi, berlakulah bergaduhan antara kedua-duanya dan kemudiannya lelaki yang berusia 29 tahun pula cuba nak leraikan pergelutan kedua-dua lelaki tadi.

Gaduh 3

Lepas tu, tiba-tiba lelaki yang leraikan pergaduhan tu pula yang dipukul. Menurut polis, dia dibelasah oleh lebih kurang 10 orang lelaki.

Ada antara mereka cedera di muka, badan, kepala dan kening akibat bergaduh,”  

Buat masa ini, pihak polis sedang mengesan kesemua mereka yang terlibat dalam pergaduhan ini. Kes akan disiasat dengan lebih lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis juga akan siasat sama ada mereka ni ada melanggar SOP yang ditetapkan ketika beriadah dan bermain futsal sebab sekarang kita masih dalam PKPB.

Kalau terbukti ada langgar SOP, dorang juga akan dikenakan kompaun. 

Baca: Berebut Pelanggan Punya Pasal, Dua Kumpulan Bergaduh Di Hadapan Low Yat 

Gaduh

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.