in

Sajat ‘Tayang’ Rumah Baru di Australia, Seronok Ramai Ambik Berat Tentang Dirinya di Sana

Sajat Beli Rumah Baru Di Aussie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat sering menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini selepas dia dikatakan telah berhijrah ke Australia dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin wajib di sana.


Semalam, Nur Sajat sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila berkongsi di instastory gambar rumah barunya di Canterbury, Australia, lapor Harian Metro.

Nursajat23 15040615936779631289079288906221077311112956N 1 E1615525149952 750X515 1

Berdasarkan sesi live di Instagram, Sajat memberitahu yang dia berasa terharu kerana pihak berkuasa Australia telah banyak memberi sokongan kepadanya daripada pelbagai aspek.

Dalam pada itu, dia juga mengakui telah membeli rumah satu tingkat berhalaman luas itu di sana.

Rumah Sajat

Saya sekarang berada di Australia, tak nak pandang belakang dah. Saya sekarang sedang menjalani kuarantin, tak sabar nak habis dua minggu nanti nak pergi jalan-jalan.

“Dekat sini, saya dikelilingi orang yang mengambil berat tentang diri saya dan temui kebahagiaan dekat sini. Pihak berkuasa Australia banyak sokong saya macam hantar pergi kelas tambahan, perbaiki skil bisnes dan kelas bahasa Inggeris serta beri rumah,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga sempat berseloroh ketika menonton rancangan TV berkaitan kambing dan lembu dari bilik hotel dengan mengatakan dia ingin menjalankan perniagaan membela haiwan tersebut pula di Australia.

“Bestnya tak sabar nak habis kuarantin nak hempas-hempas,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal hadir pada sebutan semula kesnya tanpa sebab pada 23 Februari lalu.

Dia turut dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Sejak-sejak pindah ke Australia ni, makin rajin ye Sajat kongsi di IG…. 

Baca: “Dia tinggalkan nama buruk aku kena tanggung” – Adik Luah Kecewa Terpalit Isu Sajat

Collage 37

Sumber: Hype
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.