in

“Dia tinggalkan nama buruk aku kena tanggung” – Adik Luah Kecewa Terpalit Isu Sajat

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semestinya isu Sajat berhijrah ke Australia dan mendapat perlindungan dari negara tersebut turut memberi kesan yang hebat kepada keluarganya.


Perkara ini turut diluahkan oleh adik usahawan kosmetik ini, Nur Mustika yang mengatakan dia telah menjadi mangsa serangan netizen gara-gara perkara ini.

Tak cukup dengan itu, Mustika turut kecewa kerana ada media yang turut tersilap menggunakan gambarnya yang disangka abangnya itu.

“Aku takde kene mengena dgn perbuatan Sajat”

Menerusi Instagram, Mustika telah meluahkan rasa kesalnya terhadap media yang menggunakan gambarnya sehingga dia telah diserang oleh netizen dan terpaksa menanggung segala perbuatan Sajat.

Kesiannya netizen.. dpt maklumat betul2 di tipu media..kalau mana yg tak tau ini gambar mustika and bukan lah gambar sajat.. dah tentu ramai datang ig ni serang.. wahal, aku takde kene mengena dgn perbuatan sajat.”

Tambah Mustika lagi, dia tak peduli dengan tindakan Sajat kerana abangnya itu tidak pernah pedulikan sesiapa pun dengan setiap tindakan yang dia lakukan.

Dia tak peduli sesape, buat apa aku nk peduli setiap tindakkkan dia. Tapi dugaan bukan kecik bila aku perempuan tanggung perbuatan dia selama ni.”

Tak cukup dengan itu, wanita berusia 33 tahun ini turut akui yang Sajat telah meninggalkan reputasi buruk ke atas dirinya dan turut mendakwa pernah dihina oleh abangnya itu.

Dia tingalkan nama buruk and tanpa di beri pilihan aku kene tanggung?.. anak, reputasi busuk, and dia tak penah nk mintak maaf pada aku.. Malah dia hina aku sbb aku terangkan kat media haritu walaupun dia tahu aku tak burukkkan dia langsung.”

Bukan itu sahaja, Mustika turut meluahkan rasa risau dengan liputan yang diberikan oleh media ke atas Sajat kerana bimbang ia turut memberikan kesan terhadap anaknya.

Apa jadi hidup seseorg tu pun dorg tak peduli.. aku ni seorg IBU.. ada anak KANDUNG.. Kesan2 negative blh timpa anak aku pulak.. macam mana dia nak kesekolah? Kuat kah dia bila org ckp/layan/atau perli dia atas perbuatan pakcik dia?”

Rata-rata netizen di ruangan komen telah memberikan kata-kata semangat kepada adik Sajat dan keluarganya untuk menempuhi kontroversi yang melanda dirinya ini.

Screenshot 2021 10 20 At 12.17.36 Pm Down

Moga Mustika dan keluarganya terus kuat dan Sajat harapnya bahagia di tempat orang.

 

Baca: “Kita tak lari, kita berhijrahlah” – Nur Sajat Sahkan Kini Sudah Ada Di Australia, Akui Bebas & Boleh Jadi Diri Sendiri

Nur Sajat Berhijrah Ke Aussie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.