in

“Saja nak perhatian ke ni” – Akibat Nak Elakkan Covid-19, Video Gunting Rambut Guna Penyapu Dihentam Netizen

Feature 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setakat ini, wabak virus korona tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya kerana bilangan jangkitan semakin meningkat. Jadi, semakin ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan virus itu.


Ada yang menjadi semakin kreatif dengan menggunakan plastik dan botol air untuk menggantikan topeng muka yang semakin berkurangan.

Namun, kali ini di China, sebuah kedai gunting telah bertindak menggunakan batang penyapu untuk menggunting rambut pelanggannya sebab nak jauhkan diri mereka daripada pelanggan yang berpotensi mempunyai virus tersebut, lapor Daily Mail. What? Macam pelik je. 

These coronavirus-conscious barbers are using shavers on poles to cut hair from a distance!

Posted by Daily Mail on Wednesday, March 4, 2020

Mereka meletakkan alat menggunting rambut pada hujung batang penyapu supaya mereka tidak perlu mendekati pelanggan. Tak tau la nak kata kreatif ke apa mereka ni.

Barber 1

Namun, rata-rata netizen tidak terhibur dengan video tersebut. Bagi mereka, tindakan itu seperti melambatkan lagi pekerjaan tersebut. Hmm, betul jugak tu. 

Barber 2

Setakat ini, video tersebut telah ditonton sebanyak sejuta kali di Facebook Daily Mail.

Kejadian yang berlaku di Luzhou Shi, China itu juga menerima hentaman lain daripada netizen di Facebook yang mengatakan tukang gunting terbabit seperti sengaja mencari perhatian.

Fb 1

Baik potong dan cuci rambut kat rumah je lah buat masa ni kan. Lagi jimat duit dan masa. Apa pendapat korang kalau kat Malaysia buat macam ni jugak? 

 

Baca: “Saya fikir kostum itu comel dan boleh lindungi saya” – [VIDEO] Lelaki Pakai Kostum Angkasawan Elak Covid-19 

Angkasawan

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.