Rasanya kes sekumpulan remaja rempit yang memicit dan merosakkan makanan di premis Family Mart minggu lepas dah selesai lepas ketiga-tiga mereka ditahan reman oleh pihak polis.
Ingatkan bila kes dah selesai, ramailah yang ambil pengajaran daripadanya. Tapi nampaknya admin silap apabila ada di kalangan influencer macam Faiz Roslan ni ambil kesempatan nak buat parodi pulak!
“Done picit. HAHAHAHA”
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, Faiz bersama beberapa orang rakan dilihat sedang meniru kelakukan remaja rempit tempoh hari dengan ‘memicit’ dan mengalihkan beberapa jenis makanan di rak Family Mart.
Meskipun dorang buat kelakuan ni ‘tak real’ dan acah-acah je, tetapi ia masih menimbulkan rasa jengkel bagi mereka yang melihat video ni. Serius bagi admin tak berfaedah langsung!
https://twitter.com/thefaizvirgo/status/1142483245893685248
“C*bai, tangkap jugak la dorang ni”
Rata netizen merasakan tindakan Faiz Roslan kali ini memang annoying habis dan tak kelakar langsung. Kalau sebelum ni Faiz selalu tampil dengan video-video lawak, kali ni dia buat orang naik angin pulak bila tengok video dia. Ish, ish, ish!
“Patutlah perangai macam ulu kampung. Muka pun pekan estate”
Apa-apapun harapkan korang janganlah ulangi atau mengikut perangai yang tak elok macam ni. Admin tahu ramai yang nak buat parodi lah apalah… tapi bab ni melibatkan adab dan jugak kalau kena tangkap, dah jadi kes jenayah!