in

Saiz Katak Ini Sebesar Bayi Manusia, Penduduk Kampung Kata Rasanya Lagi Sedap Daripada Ayam!

Feature 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Katak merupakan antara haiwan yang paling menggelikan buat ramai individu. Dulu-dulu time zaman sekolah, mesti korang pernah kan pakai kasut lepas tu rasa ada benda lembik dalam kasut tu. Bila tengok, rupanya ada katak weh!


Kalau katak kecil je dah boleh buat kita geli-geleman, apatah lagi kalau katak yang bersaiz besar macam bayi manusia ni. Menurut Daily Star, katak besar tersebut telah ditemui oleh penduduk di kawasan pinggir Honiara, Kepulauan Solomon.

Frog 2

Gambar-gambar haiwan amfibia itu juga telah viral di media sosial. Difahamkan, katak itu ditemui oleh pemilik kilang kayu, Jimmy Hugo yang pada ketika itu sedang memburu babi liar.

Katak tersebut dikatakan mempunyai berat 1 kilogram dan badannya juga nampak sado. Haiwan ini dikatakan merupakan spesis katak Cornufer guppyi. Jimmy mengatakan katak tersebut merupakan katak yang paling besar yang pernah dilihatnya.

Penduduk kawasan itu memanggil haiwan tersebut ‘ayam belukar’ dan mereka juga mendakwa rasanya lebih sedap daripada ayam! Namun, katanya, bukan senang nak tangkap haiwan ni.

Sebelum ini, Jimmy berjaya mengambil gambar katak terbabit sebab pada ketika itu, dua ekor anjing telah menangkap haiwan amfibia ini. Walau bagaimanapun, katak terbabit dikatakan telah mati ketika ditemui jadi, orang kampung di situ memutuskan untuk memakannya.

Frog 1

Jimmy turut berkata yang mereka akan memastikan katak besar itu hidup jika mereka menemui spesies itu lagi pada masa hadapan. Untuk pengetahuan semua juga, katak Cornufer guppyi ini merupakan antara katak yang terbesar di dunia. Spesies ini lazimnya ditemui di New Britain, Kepulauan Bismarch dan Pulau Solomon.

Namun, sayangnya, katak-katak ni semakin berkurang bilangannya disebabkan pembalakan dan aktiviti lain di habitat semula jadi mereka. Selain itu, mereka juga terancam akibat bahan kimia yang terdapat dalam sabun basuh pakaian yang digunakan oleh penduduk yang mencuci baju di sungai berhampiran.

Sumber: Daily Star

Baca: “Batman ni real rupanya” – Gambar Kelawar Sebesar Manusia Buat Netizen Terkejut

Frog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.