in

“Batman ni real rupanya” – Gambar Kelawar Sebesar Manusia Buat Netizen Terkejut

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, seorang netizen telah memuat naik gambar kelawar yang dikatakan bersaiz sebesar manusia di Twitter. Gambar ini telah mendapat perhatian netizen hinggakan ia mendapat perkongsian hampir 400,000.



Dekat gambar bawah ni, korang boleh tengok sendiri macam mana besarnya kelawar ni. Kalau nampak depan-depan memang mustahil tak takut.

Ebqibikwoae Bby

Kalau korang nak tahu, kelawar gergasi ni biasa dilihat di Filipina, malah penduduk dekat sana tak hairan sangat pun dengan kelawar besar ni.

Menurut salah seorang netizen dari Filipina, kelawar ni memang ada sayap yang sangat-sangat besar tapi badan dia tak lah besar sangat, paling-paling pun sebesar anak anjing. Untuk kelawar besarlah jugak kan?

Ebvksfyxsaesmok

Walaupun kelawar ni bersaiz besar, ia hanya makan buah-buahan biasanya jambu batu dan juga katanya kelawar ni sangat friendly dan tak ganas macam kelawar kecil yang makan daging haiwan lain.

Ada juga netizen lain yang cakap gambar dekat atas tu memang nampak kelawar tu lagi besar dari realiti.

Since kelawar ni hanya makan buah, kalau nampak depan-depan korang lari tak?

 

Baca: “Eeee geli nak makan!” – Lemang Periuk Kera Sebenarnya Menjijikkan, Jadi ‘Jamban’ Kepada Kelawar & Tupai?

Screenshot 2020 07 08 At 11.46.11 Am

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.