Selepas munculnya varian Omicron dan IHU, kali ini dunia dikejutkan lagi dengan satu varian baru COVID 19 yang diberi nama ‘Deltacron’ yang katanya telah ditemui saintis di Cyprus.
Menurut Astro AWANI, sehingga setakat ini sebanyak 25 kes telah dikesan berkaitan varian itu yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondis Kostrikis berkata ke Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan antara dua varian yang menjadi sebutan kini iaitu Omicron dan Delta.
Malah mereka juga mendapati varian itu lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital daripada mereka yang tidak dimasukkan ke hospital.
Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini,” katanya.

Selain simptom-simptom lain yang biasa dikaitkan dengan COVID 19, varian Deltacron ini juga melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjuktivis atau ‘pink eyes’ dan keguguran rambut.
Nampaknya lepas satu, satu lagi varian baru datang ye. Bila agaknya semua ini akan berakhir?
Baca: Doktor Pakar Thailand Ramal Varian Omicron Mungkin Penamat Covid-19

