in

Sahut Cabaran Stesen TV & Penerbit Mahu 1 Juta Pengikut di Medsos, Nam Ron Muat Naik Gambar Tak Berbaju

Namron Muat Naik Gambar Tak Berbaju Capat 1 Juta Followers

Baru-baru ini, heboh di media sosial apabila seorang penerbit meluahkan sokongannya terhadap keputusan stesen TV yang mahu mengekalkan syarat bahawa pelakon yang muncul di bawah mereka haruslah mempunyai jumlah pengikut lebih daripada 1 juta di Instagram.

Menyahut cabaran tersebut, pelakon yang disegani ramai, Nam Ron telah tampil dengan dua buah gambar tidak berbaju yang dimuat naik di dalam Instagram peribadinya semalam.

Namron 1

 

“Road to 1 million followers” 

Menerusi posting tersebut, Nam Ron berkata secara sinis tujuan dia memuat naik gambar tersebut ialah kerana dia memerlukan lebih ramai pengikut di Instagram bagi melayakkan dirinya mendapat tawaran berlakon.

Menyahut cabaran tv station dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang-kurang 1 juta pengikut di medsos. 

“Road to 1 million followers,” tulisnya.

Namron 2

Tambah Nam Ron lagi, dia juga bercanda akan menyiarkan foto penuh posting tersebut sekiranya sasaran mendapat 1 juta followers tercapai sebelum tahun 2022.

 

“Tak sabaq nak tunggu kalau sasaran tercapai” 

Posting pelakon filem Mencari Rahmat ini mendapat pelbagai komen daripada rakan artis dan netizen yang geli hati dengan tindakannya.

Selain itu ramai juga yang mengatakan mereka menyukai lakonan Nam Ron walaupun dia tidak mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.

Komen Nam Ron

Setakat artikel ini ditulis, akaun Instagram Nam Ron mempunyai 108,000 pengikut maka ini bermakna dia memerlukan sekitar 890,000 lagi followers untuk mencapai 1 juta followers.

Nam Ron juga menerusi satu sesi temubual bersama media pada Ogos ada memberitahu yang dia sudah tiga bulan tidak bekerja kerana kerajaan belum memberikan kelonggaran kepada sektor perfileman untuk beroperasi secara total.

Harap impian abang Nam Ron untuk dapat 1 juta followers tercapai. 

Baca: “Ni bior teman nganjing kan komer pulok” – Isu Panas Pelakon Tak Vaksin Dapat ‘Job’, Jinggo Minta Finas Tangkap Produser

Job

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram