Macam yang korang tahu, majoriti orang dekat Malaysia ni nama mesti ada bin, binti, a/l (anak lelaki) dan a/p (anak perempuan).
Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya benda ni tak wajib pun. Malah baru-baru ini di Twitter, ramai juga yang beritahu mereka tak letak pun nama anak dorang dengan bin atau binti.
Sebab tak mahu letak “bin atau binti”
Untuk pengetahuan korang, kalau nak kecualikan bin atau binti pada nama anak, korang boleh buat surat rayuan dan seorang wanita telah pun kongsikan di Twitter antara sebab yang boleh digunakan kalau korang tak nak letak nama tersebut.
Selain itu, ada juga beberapa netizen yang kongsikan pengalaman mereka yang sukar untuk berurusan di luar negara dek kerana nama ada “bin/binti” ni.
Kalau korang macam mana? Nak tak buang bin atau binti dekat anak atau korang suka dengan bin atau binti tu?
Baca: “Kebetulan nama anak pun sama” – Ini Kisah 4 Pasangan Kembar Yang Terpisah Sejak Kecil