in

Rupanya Ah Beng & Liang Po Po Tak Berlawan, Tapi Bergabung Dalam Satu Filem Untuk Tahun Baru Cina Nanti

Collage 12

Haritu kita ada bagitahu yang dua IP legenda dari Malaysia dan Singapura akan muncul pada Tahun Baru Cina nanti. Sejak tu, ramai yang dah pilih ‘team’ nak tengok yang mana satu. Tapi rupanya…

Ah Beng dan Liang Po Po bakal bergabung dalam satu filem sama bertajuk Ah Beng vs Liang Po Po!

Socmed Reveal Postermy.png Scaled

Gabungan yang tak disangka-sangka ini telah menjadi projek kolaborasi Malaysia-Singapura yang paling mencuri perhatian untuk Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini.

Bukan tu je, pengumuman rasmi yang dibuat oleh filem ini juga lain daripada lain. Mana tidaknya, media Malaysia dan Singapura telah dijemput untuk berlayar di atas kapal persiaran merentasi Selat Melaka tau!

Media pun kena ‘prank’ ingatkan dua filem berbeza

Pbr00934 Enhanced Nr Scaled

Untuk pengetahuan korang, pada hari acara, media Malaysia telah dijemput atas nama pelancaran Ah Beng 2026, manakala media Singapura pula dijemput untuk pelancaran filem Liang Po Po.

Bila acara bermula, suasana atas kapal memang dibuat macam ada dua pelancaran berbeza. Dua watak ikonik ini kemudiannya muncul secara berasingan dan mula ‘berbalas mulut’ dan sindir satu sama lain.

Jack Lim dan Jack Neo kemudian muncul bersama-sama dan mengumumkan yang mereka akan bergabung dalam satu filem dan bukannya dua filem seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Menurut pengarah, pemilihan lokasi pelancaran di tengah laut bukan hanya untuk gimik tapi melambangkan pertemuan dua negara, dua budaya dan dua generasi yang selari dengan tema utama filem ini yang banyak bermain dengan perbezaan nilai, latar belakang dan gaya hidup.

Ah Beng kembali lepas 12 tahun tapi dengan versi lebih matang

3 Scaled

Menurut Jack Lim, kembali membawakan watak Ah Beng selepas 12 tahun bukan sekadar mengimbau kembali nostalgia. Tapi watak ini membesar bersama penonton dan kemunculannya kali ini akan datang dengan perubahan besar.

Sudah 12 tahun saya tak bawa watak Ah Beng. Watak ni membesar bersama ramai penonton, jadi bila kembali sekarang, rasanya macam jumpa kawan lama yang dah lama tak berjumpa.”

Ah Beng versi 2026 ni bukan lagi ‘lala boy’ yang bergantung kepada lawak slapstick dan kelakuan yang over-the-top seperti yang kita kenal. Dalam filem ni, dia telah pun berkahwin dan bergelar seorang bapa sekaligus menjadikan perspektif wataknya jauh lebih matang dan beremosi.

Watak anak Ah Beng bukan sekadar ‘budak comel’

5

Selain dua watak ikonik, anak perempuan Ah Beng juga turut memainkan peranan besar. Watak ini dilakonkan oleh Ivory Chia, pelakon kanak-kanak dari Singapura yang dipilih untuk melengkapkan keluarga Ah Beng.

Kalau korang nak tahu, di usia 9 tahun, Ivory telah mencipta sejarah apabila dia berjaya memenangi anugerah lakonan peringkat Asia, sekali gus menewaskan ramai pelakon dewasa dan senior. Pencapaian ini menjadikan namanya antara yang paling menonjol dalam kalangan pelakon kanak-kanak.

Dengan latar belakang ini, watak Ivory dalam Ah Beng vs Liang Po Po akan menjadi satu emosi untuk Ah Beng sebagai seorang bapa untuk menyelamatkan anaknya sekaligus membuatkan konflik filem ini terasa lebih berat dan bermakna.

Liang Po Po kembali selepas 27 tahun

4 1 Scaled

Bagi Jack Neo, walaupun dah lama tak muncul sepenuhnya dalam filem, watak ini sebenarnya tak pernah hilang daripada ingatan penonton.

Liang Po Po sering digambarkan sebagai figura warga emas yang tegas, degil tapi berhati lembut. Dalam filem ini, wataknya bukan sekadar pelengkap sebaliknya menjadikan sebahagian penting dalam kumpulan yang terlibat dalam misi menyelamat.

Saya gembira dapat bawa semula Liang Po Po untuk penonton hari ini. Ia bukan sekadar nostalgia, tapi cara untuk perkenalkan semula watak ni dalam konteks zaman sekarang.”

Gabungan dua watak dari latar berbeza ini membuka ruang kepada banyak situasi yang kelakar, janggal tapi pada masa yang sama turut menyentuh isu generasi dan nilai kekeluargaan.

Sinopsis filem Ah Beng vs Liang Po Po

2 1 Scaled

Kisah Ah Beng vs Liang Po Po bermula apabila anak perempuan Ah Beng diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia. Bila siasatan polis menemui jalan buntu, seorang bapa yang terdesak bergabung dengan sekumpulan individu pelik tetapi masing-masing memiliki kelebihan tersendiri.

Antara mereka ialah Liang Po Po, yang pada awalnya mungkin kelihatan biasa, tetapi sebenarnya memainkan peranan penting dalam misi tersebut. Misi mereka membawa penonton menyusuri dunia jenayah yang gelap, penuh tipu daya dan bahaya.

Ah Beng vs Liang Po Po dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada hari pertama Tahun Baru Cina 2026.