Tak semua tumbuhan yang kita nampak sedap dan bersih itu boleh dimakan kerana ia boleh menjadi penyebab keracunan makanan.
Seperti seorang wanita ini yang berkongsi satu insiden yang tidak diingini berlaku kepada ahli keluarganya dimasukkan ke hospital gara-gara termakan cendawan beracun.
Menerusi perkongsian wanita itu di TikTok, dia berkata cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka.
Disebabkan sudah lama tidak makan cendawan, wanita itu pun bertindak untuk memasaknya seperti biasa. Ujarnya, cendawan itu kelihatan seperti cendawan busut tapi ada sedikit perbezaan pada teksturnya.
@mas.ita semoga memberi pengajaran buat kita semua,agar kita dapat kenal pasti cendawan yg boleh mkn & tidak boleh makan,sangat bahaya muntah sampai nk pengsan,lemah longlai,suami teruk sikit sbb makan banyak,anak disuap sedikit& sy mkn sikit#fypシ #tiktokviral#cendawan#cendawangoreng #MYFoodie
Menurutnya, dia agak was-was apabila hidangan cendawan yang dimasak itu bertukar warna kehijauan tetapi tidak mengendahkannya.
“Rasa cendawan itu juga sedap sama seperti cendawan busut.
“Tetapi, selepas sahaja kami memakan hidangan itu, kami mula berasa sakit. Saya google cendawan itu, rupa-rupanya betul kami dah termakan cendawan beracun,” jelasnya.
Terasa muntah-muntah dan lemah
Sejurus makan cendawan itu, mereka mengalami muntah-muntah dan lemah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan.
Wanita itu turut berpesan harap perkongsiannya itu menjadi pengajaran kepada semua supaya mengenal pasti cendawan terlebih dahulu sebelum dijadikan hidangan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keluarganya dan menasihati supaya lebih berhati-hati apabila memakan tumbuhan yang tidak pasti boleh dimakan atau tidak.
Bahaya termakan makanan beracun ni. Jadikan pengajaran ya!
Baca: Suami Maut Selepas Makan Ikan Buntal, Mengandungi Racun Lebih Bahaya Daripada Sianida!