Alahai, tak pasal-pasal Tun Rahah, ibu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pun terkena tempias dalam kes anaknya tu.
Menurut Sinar Harian, petang semalam polis serbu kediaman Tun Rahah Mohammad Noah di Jalan Eaton, Kuala Lumpur.
Difahamkan sebuan tersebut dilakukan pada jam empat petang oleh 14 anggota pada waktu yang sama Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, serbuan itu tidak membawa hasil memandangkan tiada sebarang dokumen diambil dari kediaman berkenaan.
Polis turut periksa di sebalik siling rumah untuk check jika ada wang tunai yang disembunyikan di rumah Tun Rahah.
Sementara itu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata tindakan itu kejam untuk menakutkan wanita itu.
“Ya kejam dan tak jumpa apa-apa pun di rumahnya.”
Menurut Harian Metro, semalam Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Najib diikat jamin sebanyak RM3.5 juta. Beliau juga dibenarkan membayar jumlah tersebut secara ansuran dengan membayar RM1 juta hari ini dan selebihnya sehingga 28 September.
Semoga Tun Rahah tabah.