in

Pejabat Jamin Ditutup, Najib Mungkin Bermalam di Jel

Bankkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang mungkin menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila pejabat jamin dilaporkan telah tutup sekitar jam 4.30 petang tadi. 


038F4F0D29B0801F38Acf470D5C5B40D
sumber: malaysiakini

Menurut Malaysiakini, seorang pegawai yang bertugas jugak memaklumkan yang mereka tidak dapat sebarang arahan untuk extend operasi ke masa tertentu pada hari ini.

Dalam pada tu, pegawai terbabit jugak memaklumkan akaun bank yang menerima wang jaminan hanya dibuka dekat cawangan Maybank mahkamah tersebut lepas pihak bank tetapkan jumlah wang jamin.

Macam manapun, too bad… bank di mahkamah tersebut jugak dah ditutup dan pintu besinya pun dah ditarik turun. 

8Aacbd9B09Dc0F08708A56F96Fd43B43
sumber: malaysiakini

Sementara tu, Datuk Seri Najib Razak mengaku tak bersalah atas semua pertuduhan jenayah yang difailkan ke atasnya melibatkan 4 salah guna kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Menurut Malay Mail, Najib jugak mohon dibicarakan atas 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

F5D5Bb351Fbbb489De372D3054992931
sumber: malaysiakini

Kesemua tuduhan telah dibacakan kepadanya pada awal petang tadi di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.

Dalam perkembangan terbaru, Mahkamah Sesyen membenarkan Najib Razak diikat jamin RM3.5 juta dengan seorang penjamin. Pejabat jamin juga dimaklumkan telah dilanjutkan operasinya hingga jam 6 petang untuk membantu proses ikat jamin.

Nantikan update terkini mengenai kes ini di Lobak Merah. 

Baca: Kes RM2.6B: Najib Dibawa Ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Najibun Di Tahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.