Acara sukan selalunya dapat menyatupadukan seluruh Malaysia. Apabila bendera kita dikibarkan, dan ‘pahlawan negara’ beraksi di gelanggang, kita semua pasti bersatu, tak kira bangsa atau latar belakang.
Januari nanti, semua mata akan tertumpu ke Axiata Arena, Kuala Lumpur apabila kejohanan badminton berprestij PETRONAS Malaysia Open 2026 (PMO 2026) kembali!

Bermula dari 6 – 11 Januari 2026, kejohanan bertaraf dunia ini akan menjadi gelanggang tumpuan di mana atlet badminton negara bakal berentap dengan jaguh antarabangsa. Rasa debaran smash dan kebanggaan negara pastinya akan memuncak, dan suasana inilah yang setiap peminat sukan terutamanya badminton wajib rasai!
Disebabkan itu, kempen “Fuel the Power that Unites Us“ dari PETRONAS Dagangan Berhad nak beri ganjaran yang tak dapat dibeli dengan wang kepada korang. Jangan ketinggalan sebab ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk merasai sendiri pengalaman eksklusif di PMO 2026.
![]()
![]()

Menangi Pas Eksklusif PMO 2026
PMO 2026 adalah kemuncak tumpuan sukan, dan 30 orang pemenang akan dipilih untuk mendapatkan pas masuk eksklusif ini!
-
Sepasang Pas PMO 2026: Setiap pemenang akan menerima satu (1) pasang pas.
-
Pas sah untuk 6 Januari 2026 hingga 11 Januari 2026 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
-
Bonus Eksklusif: Pemenang juga akan membuka kunci faedah peminat eksklusif yang akan didedahkan tak lama lagi di media sosial @petronasbrands. Jangan lupa follow juga untuk dapatkan maklumat terkini mengenai kempen ini.
Syaratnya mudah, korang hanya perlu isi minyak di PETRONAS bermula 15 November 2025 hingga 15 Disember 2025 dan hantarkan penyertaan di laman web yang tertera.
Cara Penyertaan :
- Korang WAJIB berdaftar sebagai ahli Mesra Rewards yang aktif.
Tips : Guna Setel App atau kaedah Tanpa Kad (Cardless) tau; pengguna kad fizikal Mesra tidak layak.
- Belanja minimum RM50 dalam satu resit untuk mana-mana bahan api* di PETRONAS.
PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race atau PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive.
Peringatan: Pembelian diesel, LPG, pelincir atau barang Kedai Mesra TIDAK LAYAK tau. - Submit butiran korang di laman web MyMesra di sini.Tips Rahsia : Korang boleh buat banyak kali transaksi RM50 untuk boost peluang korang menang!. Dan korang tak perlu upload resit! Asalkan korang ahli Mesra Rewards, terus layak!
Ingat, peluang keemasan ini datang hanya setahun sekali. Jangan lepaskan peluang dan sertai peraduan Fuel the Power that Unites Us PETRONAS ni.
