“Menggelupur sebelum mulut berbuih”- Cikgu Ingatkan Sawan, Rupanya Kanak-kanak Tercekik ‘Fishball’ Di Tadika Sampai Maut

Anak merupakan anugerah Allah yang paling bernilai, menjadi penyeri dalam sebuah keluarga. Tawa dan tangisannya ibarat melodi bagi ‘insan terpilih’ untuk mendengarnya.

Namun bagi pasangan suami isteri ini apa yang berlaku menghampiri penghujung Syawal lalu nyata menyentak jiwa sebagai ibu dan bapak.

Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, diberikan sepenuh belaian dan kasih sayang akhirnya menemui Sang Pencipta dalam usia yang menjangkau 5 tahun.

 

Meninggal dunia akibat tercekik fishball di tadika

Lebih menyedihkan apabila keputusan bedah siasat mendapati si kecil meninggal dunia berpunca daripada tercekik bebola ikan yang dimakannya ketika dalam kejadian di sebuah tadika di Batu Caves khamis lalu, lapor mStar.

Bercerita mengenai kejadian tersebut, ibu saudara mangsa yang dikenali sebagai Emi memberitahu kejadian berlaku ketika anak-anak pra sekolah di tadika tersebut sedang menikmati sarapan.

Saya diberitahu kejadian berlaku ketika sarapan dan hidangan pagi itu adalah mi sup. Agak terkilan jugalah.Bila cikgu datang dia dah menggelupur sebelum mulutnya berbuih. Tak dapat nak bayangkan keadaannya ketika itu.”

Paling menyedihkan, adik Izmir juga ditempatkan di tadika yang sama. Malah anak kecil itu sempat melihat keadaan abangnya yang struggle pada ketika itu.

Allahuakbar Izmir awat p makan bola ikan tuu #Innalillahiwainailaihirojiun anak syurga Baru jumpa raya lepas, dok puji…

Posted by Emi Dzariff Ummar Zara on Wednesday, June 26, 2019

 

“Waktu tu badan dia masih panas. Lepas stop CPR..terus sejuk”

Pada masa sama Emi agak kecewa dengan respon pihak pengurusan tadika ketika menangani situasi tersebut.

Pihak tadika bertanya kepada ibu bapa Izmir sama ada kanak-kanak itu mempunyai sawan atau tidak, sebelum ibu Izmir memaklumkan yang kanak-kanak itu tidak mempunyai sawan.

“Saya juga diberitahu mereka buat CPR tapi Izmir dah tak sedar sebab fishball tu masih tersekat. Masa ibu dia sampai hospital Izmir masih lagi diberi bantuan CPR.”

“Waktu tu badan dia masih panas. Lepas stop CPR..terus sejuk. Macam tak boleh ikhtiar dah, nak operate pun tak sempat. Dia hilang sekelip mata.”

Sumber : Facebook

Izmir Merican Idham Merican meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 

Jangan ambil remeh! Sepatutnya haramkan terus makanan seperti fishball, buah anggur dan rambutan di sekolah

Emi berharap insiden tersebut dapat jadi pengajaran kepada ramai orang khususnya ibu bapa di luar sana.

Jangan ambil remeh. Sepatutnya haramkan terus makanan seperti fishball, buah anggur dan rambutan di sekolah.Kalau tidak kes seperti ini tidak mustahil akan berulang lagi pada masa hadapan.”

Malah dia juga menggesa pihak tadika dan sekolah diajar cara menangani situasi kecemasan supaya kejadian tidak diingini dapat ditangani dengan lebih baik.

Jenazah Izmir selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves selepas Maghrib khamis lalu.

 

Buat ibu bapa di luar sana, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua dalam menjaga dan mendidik anak dengan lebih baik.

Al fatihah buat adik Izmir

Baca : “Memang tak lah aku dtg lagi”  Wanita ‘Geli’ Jumpa Ulat Sampah Dalam Fries Di Franchise Ayam Popular

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.