Rosmah Pergi Mana Tu?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semalam kecoh bila bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan SRC International Sdn Bhd. Selepas ditahan, Najib telah bermalam di lokap SPRM dan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.

Sumber: WOB

Walau bagaimanapun, orang ramai menyedari isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor langsung tidak berada di mahkamah bagi memberikan sokongan moral buat suaminya. Manakala anak mereka, Nooryana dan Norashman ada di mahkamah.

Menurut WORLD OF BUZZ, Rosmah telah dilihat meninggalkan kediamannya di Taman Duta menaiki kereta SUV diikuti sebuah kereta yang lain pada jam 12.05 pagi tadi. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ke mana destinasi beliau.

Sumber: WOB

Sementara itu, beberapa jam selepas pemergian Rosmah, beberapa buah kereta tiba di kediaman berkenaan, dipercayai peguam keluarga bekas PM itu.

Marilah kita sama-sama menantikan kesudahan kes tangkapan Najib dan tunggu sekiranya Rosmah akan tiba di mahkamah tak lama lagi.

Mungkin Rosmah nak avoid kamera.

Baca: Najib Tak Pakai Baju Oren

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.