Pengacara Roslan Shah mendedahkan bahawa Uqasha Senrose dan Kamal Adli ada menerima mesej ugutan daripada salah seorang individu yang tidak dikenali semasa hari majlis perkahwinan pasangan tersebut. Kata Roslan, mesej itu dimaklumkan oleh salah seorang pekerja Uqasha dan Kamal Adli pagi tadi.
Katanya kepada Kosmo! Online hari ini, motif mesej tersebut masih belum dapat dikenal pasti dan semuanya akan diserahkan kepada pihak polis.
“Kami dimakumkan oleh salah seorang admin (staf) Uqasha dan Kamal mengenai mesej ugutan tersebut yang diterima pada hari perkahwinan mereka.”
“Namun, motif mesej tersebut dihantar oleh individu tersebut masih belum dapat dikenal pasti. Semuanya akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis.”
Selain itu, Roslan Shah sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk membawa beberapa selebriti tanah air ke Singapura menyatakan bahawa dia tidak berasa kesal tetapi dia berharap agar kawalan keselamatan akan lebih diperketatkan.
“Saya tidak rasa kesal pun sebab niat saya cuma bawa selebriti Malaysia ke sana mencari rezeki. Tiada siapa pun mahu kejadian tersebut berlaku.”
“Saya harap selepas ini pihak penganjur akan perketatkan keselamatan termasuk untuk peniaga dan pengunjung. Ada kemungkinan juga untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan.”
Dalam pada itu, Roslan enggan mendedahkan lokasi penginapan mereka di Singapura, katanya, dia terpaksa rahsiakan atas faktor keselamatan.
Semalam, Uqasha memuat naik sebuah video dalam keadaan menangis apabila berkongsi insiden berdarah yang berlaku terhadap suaminya.
Katanya, Kamal dipukul berkali-kali oleh individu tidak dikenali di bahagian kepala, muka dan badan serta mengalami kecederaan parah sehingga perlu menjalani pembedahan.
Malah sumber juga turut melaporkan bahawa suspek telah pun ditahan oleh pihak polis dan Kamal dikhabarkan telah menerima rawatan di Hospital Besar Changi.
Isu ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia termasuklah rakan-rakan artis. Baru-baru ini, pelakon kelahiran Singapura Aaron Aziz tampil beri kenyataan dengan meminta orang ramai untuk tidak mewujudkan sebarang elemen yang berbaur diskriminasi terhadap sesuatu negara.
https://www.instagram.com/tv/Cpt6zX2AsT6/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
Difahamkan juga Aaron Aziz mengenali identiti suspek namun enggan mendedahkannya, bagaimanapun, Aaron mendoalan agar Uqasha tabah menghadapi dugaan ini.
Baca : “Suspected brain damage” – Kamal Adli Ditidurkan, Jalani Pembedahan Lepas Dipukul Di Singapura