in

“Rosakkan view je” – China ‘Spend’ RM99.5 Juta Untuk Pindahkan Patung Gangsa Gergasi Lepas Ramai Komplen Buruk

Guan Yu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan China dilaporkan membelanjakan sehingga USD$24 juta (RM99.5 juta) bagi memindahkan sebuah patung gangsa gergasi berketinggian 190 kaki susulan menerima banyak aduan daripada penduduk setempat dan sesetengah pegawai kerajaan yang mengatakan patung itu buruk.


Guan Yu Statue In Hubei Province E1631325591198

Memetik laporan New York Post, patung seberat 1,200 tan itu menelan belanja USD$26 juta (RM107.85 juta) semasa ia dibina pada tahun 2016. Kini, kerja-kerja untuk mengalihkan patung terbabit sedang dijalankan.

Setakat ini, hanya kepala patung gangsa itu sahaja yang sudah dipindahkan.

Patung gangsa gergasi tersebut berupa Guan Yu, iaitu seorang general yang hidup semasa Dinasti Han (202BC-220AD). Guan Yu kemudiannya dianggap sebagai dewa perang.

God Of War Guan Yu Statue Jingzhou China 1 E1631325631158

Pada mulanya, patung terbabit dibina diatas sebuah muzium namun ia menerima pelbagai kecaman dan kritikan masyarakat setempat yang mengatakan patung itu menjejaskan permandangan bandar bersejarah berkenaan.

Pada Disember tahun lalu, Kementerian Perumahan Jingzhou akhirnya memutuskan bahawa patung gangsa gergasi terbabit perlu dipindahkan. Difahamkan, patung yang dikatakan sebagai patung Guan Yu paling besar di dunia akan berpindah ke sebuah kawasan pelancongan berdekatan.

“Kami berniat mahu memecahkan Guinness World Record pada ketika itu. Jadi, semasa proses mereka bentuk, patung berkenaan menjadi lebih besar,” kata Zhang Hong, Pemangku Pengerusi Jingzhou Municipal Bureau of Culture and Tourism.

11647Ae2 A1E3 403D 9100 2Fce54B34927 E1631325681160

Tambah beliau lagi, patung Guan Yu itu sengaja dibina dengan saiz gergasi untuk menarik pelancong. Walau bagaimanapun, semenjak ia dibina, tarikan terbabit dilaporkan hanya mengaut keuntungan USD$2 juta (sekitar RM 82.73 juta) sahaja berbanding kos pembinaannya.

Sumber: New York Post

Baca: “Lady of The World” –Wanita Hasilkan Patung Dari Sisa Letupan Sebagai Tanda Memperingati Tragedi ‘Berdarah’ Di Beirut

Aa 20 E1631325437524

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.