Korang ingat lagi tak tragedi letupan maut di Beirut, Lubnan tiga bulan lepas?
Berita tentang kejadian tersebut telah menggemparkan satu dunia sehingga mendapat liputan media antarabangsa dan menerima reaksi pelbagai pihak.
Susulan kejadian ‘berdarah’ itu, seorang artis wanita telah menzahirkan rasa sedih dan trauma itu melalui karya patung yang dihasilkan dari sisa tragedi.
Cuba bantu pulihkan kesedihan melalui seni
Hayat Nazer, 33, membuat patung wanita memegang bendera Lubnan dengan rambut dan pakaian diterbangkan angin daripada besi, kaca pecah dan barangan pemberian penduduk.
Menurut CNN, Nazer memberitahu idea ini tercetus ketika usaha pembersihan dijalankan. Dia merasakan bahawa karyanya ini mampu memberi inspirasi kepada penduduk untuk bersatu dan bangkit semula.
“Apabila saya pun rasa begitu (sedih dan trauma) saya cuma mahu membantu (orang lain) pulih menerusi seni dan ini menjadi cara saya menerima kenyataan serta cuba bangkit bersama penduduk lain,”
Ada yang sumbang barang peribadi
Azam dan keinginannya untuk menghasilkan patung ini bermula dengan mengumpul bahan sisa besi dan kaca pecah di sekitar bandar semala berminggu-minggu.
Dia juga ada mendekati penduduk setempat dan memberitahu hasrat murninya itu. Hayat tidak menyangka ada yang ingin memberi sumbangan sehingga sanggup menyerahkan barang peribadi yang berharga.
“Saya terkejut apabila penduduk memberikan barangan berharga termasuk barang kenangan zaman kanak-kanak, milik nenek moyang yang meninggal ketika perang dan barang yang mereka simpan untuk anak mereka.”
Kini, patung tersebut diletakkan di kawasan Pelabuhan Beirut berlatarbelakangkan suasana tempat kejadian kesan daripada letupan tersebut.
Semangat macam ni yang kita nak. Semoga penduduk Beirut terus tabah dan seluruh dunia pasti doakan kesejahteraan untuk kalian.
Baca: Mia Khalifa Nak Jual Spek Mata ‘Famous’ Pada Pembida Tertinggi Untuk Bantu Mangsa Letupan Beirut