in

“Rosak sistem pernafasan makcik” – Sedut Cuka Untuk Elak COVID 19, Doktor Tegur ‘Amalan’ Wanita Ini

Sedut Cuka Bahaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak penularan wabak COVID 19 ini makin mengganas, boleh dikatakan hampir setiap hari kita terima mesej di WhatsApp berkaitan petua untuk mengelakkan diri dari dijangkiti wabak ini.



Ada yang beri petua suruh sedut wap cengkih lah, minum air suam banyak-banyak dan yang terbaru ialah amalan menyedut cuka.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang wanita dilihat memberi petua untuk spray kan cuka pada tangan dan menyedut cuka tersebut ke hidung.

Amalan ini katanya patut diamalkan setiap pagi untuk mengelakkan virus itu mendekati kita kerana sifat cuka berbau masam. Hmm ada kaitan ke cuka masam dengan virus COVID 19 ni? 

Sedut 1

Sedut 2

Korang boleh tengok video di sini.

 

“Kalaulah cuka boleh bunuh virus COVID…” 

Video itu walau bagaimanapun telah mendapat respon daripada seorang doktor di Tiktok iaitu @drchampz yang menyatakan bahaya melakukan perbuatan tersebut.

Menurut doktor ini, dia telah didatangi oleh seorang pesakit yang mengadu sakit kepala dan sesak dada gara-gara melakukan perbuatan menyedut cuka itu.

Tambahnya lagi, cuka mengandungi 4 hingga 8% acetic acid dan konsentrasi yang pekat boleh mengakibatkan iritasi pada hidung, mata dan paru-paru. Aduh… 

@drchampz

#stitch with @keriaviralkemaman Kalaulah cuka boleh bunuh virus COVID.. #learnontiktok #tiktokguru #healthcheck #tiktokdoc_my

♬ original sound – DrChampz☆チェーミ 🇲🇾🇵🇸 – DrChampz☆チェーミ 🇲🇾🇵🇸

Cara yang paling senang menurutnya ialah mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan kerajaan seperti jaga jarak 1 meter, elakkan tempat sesak dan sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

 

“Vaksin tak percaya, cuka percaya pulak” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata geleng kepala dengan petua yang diberikan wanita itu.

Malah ramai juga yang mengakui perbuatan menyedut cuka itu boleh merosakkan sistem pernafasan.

Bahaya Sedut Cuka

Sebelum ikut apa-apa petua, admin harap korang rujuklah mereka yang berpengetahuan dulu sebab bimbang bawa kemudaratan pula nanti. Stay safe ye! 

Baca: “Semua merepek meraban” – Netizen Tegur Pengguna TikTok Share Petua Ubati Sakit Gigi, Konon Guna Huruf Jawi & Paku

Sakit

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.