in

“Semua merepek meraban” – Netizen Tegur Pengguna TikTok Share Petua Ubati Sakit Gigi, Konon Guna Huruf Jawi & Paku

Syirik Ubat Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu ramai yang tak berapa gemar dengan aplikasi TikTok, tapi nampaknya sekarang makin ramai yang layan aplikasi ni sebab ia bukan saja medan untuk cari hiburan, malah kita juga dapat ilmu daripada video-video yang dimuat naik dalam aplikasi ni.



Tetapi korang juga diingatkan untuk berhati-hati dalam mempelajari apa-apa ilmu di TikTok ni sebab takut terikut-ikut perkara syirik seperti yang didedahkan seorang netizen.

Menerusi perkongsian @cheucensantuy di Twitter, dia mempersoal satu content yang dimuat naik pengguna TikTok ini yang kononnya mengajar petua untuk mengubati sakit gigi.

Menurut video ni korang boleh lihat si perakam mengajarkan petua sakit gigi dengan menulis beberapa huruf jawi di atas sebatang kayu.

Dia kemudian mengambil sebatang paku untuk diketukkan ke huruf-huruf tersebut sambil membaca surah Al Fatihah dan perkara ini katanya dibuat sehingga rasa sakit gigi pulih.

 

“Ini semua slogan popular nak halalkan bidaah, rosakkan masyarakat dengan kesyirikan” 

Video tersebut katanya telah meraih 88,000 likes setakat ini di aplikasi TikTok dan perkara ini amat membimbangkan pengguna media sosial berkenaan kerana takut ilmu yang salah telah dipelajari orang ramai.

Malah dia juga memohon orang ramai untuk tag doktor gigi, minta mereka sekolahkan golongan yang menyebarkan ilmu syirik seperti itu.

 

“Klinik gigi ni dah macam ‘last resort’ sedangkan bila sakit gigi tu sebenarnya amaran dah” 

Posting ini juga telah mendapat perhatian seorang doktor gigi yang mengatakan kebanyakan pesakit menjadikan klinik gigi sebagai pilihan terakhir untuk mendapatkan rawatan.

Pesakit juga kebanyakannya menggunakan pelbagai jenis petua terlebih dahulu sebelum merujuk ke doktor dalam menangani masalah sakit gigi. Adoi… boleh bankrap doktor gigi macam ni ye. 

 

“Habislah dentist Malaysia lingkup lepas orang tengok TikTok ni” 

Perkara ini juga menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen yang mengatakan perkara syirik begini berleluasa di media sosial.

Walau bagaimanapun ada juga berpendapat ia merupakan ikhtiar yang dilakukan orang zaman dulu malah pernah juga seorang ustaz terkenal mengajarkan ilmu ini untuk mengubati sakit gigi.

Ubat Sakit Gigi

Apa-apapun admin rasa sebaiknya sebelum terima apa-apa ilmu pastikan kita rujuk dulu dengan orang yang betul. Kalau dah sakit sangat gigi tu, eloklah ke klinik takut nanti jadi penyakit lain pula. 

Baca: Kisah TS Harussani Zakaria, Mufti Yang Hapuskan Amalan ‘Tabal Jin’ & Mencabar Jin di Istana Perak

Harussani

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.