in

‘Room 8’: Kisah Kucing Legend Yang Tak Pernah ‘Ponteng Kelas’ Di Echo Park, California

Untitled Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada satu hari sekitar tahun 1952, seekor kucing terbiar dilihat sering merayau-rayau di dalam kawasan sekolah Elysian Heights Elementary School di Echo Park, California.


Kadang kala, ia melakukan aksi nakal dengan menyelongkar bekas makanan pelajar-pelajar di sana.

Kerana seringkali muncul di sekolah tersebut, para pelajar kemudian menamakan kucing tersebut sebagai Room 8 — mengambil nama bilik darjah di mana kucing tersebut dijumpai.

Maka, bermulalah rutin harian Room 8 sebagai ‘pelajar’ di sekolah berkenaan.

Mengikut perkongsian Shahmil Hafiz di laman Twitternya, Room 8 amat disayangi oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Room81

Download 2

Menariknya, kucing tersebut dikatakan akan menetap di sekolah berkenaan sepanjang musim sesi persekolahan berlangsung — dan apabila musim cuti sekolah, dia akan dipelihara oleh mereka yang menetap di kawasan berhampiran sekolah.

Dan apabila sesi baru persekolahan bermula semula, Room 8 turut akan datang ke kelas seperti kebiasaan yang dilakukan kanak-kanak lain. Dikatakan, sepanjang 16 tahun Room 8 menjadi kucing legenda di sana — tidak pernah sehari pun dia ‘miss’ untuk menghadirkan diri ke kelas!

Dek kerana itulah, kucing ini begitu disayangi komuniti setempat.

Room82

Tidak lama kemudian, Room 8 mula menerima surat daripada peminat dari seluruh negara. Difahamkan, kucing ini pernah menerima 100 keping surat sehari yang dialamatkan kepada sekolah berkenaan.

Namun tidak lama kemudian, Room 8 menjadi semakin tua dan dia terlibat dalam satu pergaduhan bersama kucing lain. Dia juga menderita feline pneumonia, sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian.

Semasa hayatnya, Room 8 tidak pernah ada tempat tinggal yang tetap — jadi bila dia telah tiada, komuniti setempat bersepakat menyediakan sebuah tempat persemadian yang rasmi untuknya, di Los Angeles Pet Memorial Park.

Maka bersemadilah Room 8, kucing kesayangan ramai itu di situ buat selamanya.

5B6E2Ae7D217300008Dedbcd Eight

Selepas kematiannya, Room 8 masih kekal menjadi buah mulut masyarakat di sana.

L.A. Times misalnya, mengabadikan kisah kucing itu dengan menghasilkan tiga kolum khas mengenainya.

Selain itu juga, sebuah pusat jagaan kucing turut dinamakan dengan nama Room 8 — yang diambil bersempena nama kucing itu.

Dan di sekolah Elysian Elementary pula, pelbagai cara dilakukan pelajar untuk mengenang Room 8 antaranya termasuk dengan melukis mural dan menggantung potretnya di dinding sekolah.

5B6E2505D217300008Dedbc1 Eight

5B6E30Fdd217300008Dedbdc Eight

5B6E33Cbd217300008Dedbe3 Eight

 

Baca: “Tak cukup makan, buat benda ni pulak” – Penjual Daging Di China Didakwa Rebus Kucing Untuk Dijadikan Baju, Kasut & Wallet

Kuginb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.