in

Rompakan Bersenjata Di Sebuah Kedai Emas, Tapi Tindakan Pekerja Perempuan Ni Buat Netizen Pelik!

Bagi Free Barang Kemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Rompakan Bersenjata Di Sebuah Kedai Emas, Tapi Tindakan Pekerja Perempuan Ni Buat Netizen Pelik!
Loading
/

Baru sekejap tadi, tular beberapa buah video di Facebook menunjukkan kejadian rompakan di sebuah kedai emas dekat CS Mall bersebelahan Bangi Wonderland pada Jumaat lepas (12 Oktober).


Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang perompak memakai helmet telah menghentam cermin kaca di kedai emas tersebut untuk membawa lari barang-barang perhiasan yang ada di dalamnya.

 

Staf terlalu panik sampai ‘bantu’ beri semua barang kepada perompak? 

Kejadian tu boleh dikatakan scary jugaklah sebab si perompak siap bawa pistol dan acukannya kepada staf perempuan yang bekerja dekat kedai emas tu. Disebabkan terlalu panik dan takut, staf-staf perempuan dengan ‘rela hati’ bantu beri semua emas-emas yang ada kat situ pada perompak tu.

Tindakan ni buat netizen rasa sedikit pelik dan ‘musykil’ sama ada betul ke staf perempuan kat kedai emas ni panik ataupun sebenarnya dorang ni… bersubahat? 

44136698 300108970821985 5980028965044092928 N
sumber: facebook

 

“Apa jadah kau sedekah tu kak?” 

Tindakan melulu staf kedai emas tu beri semua barang kemas kepada si perompak mengundang kata-kata cacian dari netizen. Rata-rata macam cannot brain kenapa kakak-kakak tu kena tolong penjenayah tu rompak kedai emas. Siap perompak tu separuh jalan dah lari, dipanggilnya kutip barang kemas sampai habis.

Subahat
sumber: facebook
Subahat 2
sumber: facebook

 

“Perompak tu pegang pistol, kang melawan ada mati katak kena tembak!” 

Macam manapun, tak semua netizen salahkan kakak-kakak kedai emas tu. Yang penting nyawa selamat kan. Takat barang kemas kena rompak tu apalah sangat nak dibanding dengan kepala bersepai kalau dah kena tembak nanti. Akak-akak tu pun mesti ada anak-anak dan keluarga.

Bahaya
sumber: facebook
Bahaya 2
sumber: facebook

Papepun sehingga setakat ni belum ada berita rasmi lagi mengenai kejadian ni di mana-mana portal media. Diharapkan mangsa semua selamat dan pihak polis berjaya mengesan penjenayah.

Yang paling penting, lebih baik netizen elak buat spekulasi sebab kita tak berada di tempat akak-akak kedai emas tu. Mungkin betul dia takut agaknya, sebab tu dia bagi semua barang kemas tu kat si perompak. Alahai…

Baca: [VIDEO] Tak Sampai 20 Minit, Perompak Pecah Rumah Bawa Lari Barang

Perompaks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.