Zaman sekarang, tidak dinafikan insurans memang satu kewajipan yang kita kena ada, ia bagi mememudahkan kita dalam membuat sebarang urusan jika mengalami sebarang musibah.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa mungkin akan berlaku kesulitan dalam proses membuat tuntutan apabila kita betul-betul memerlukannya seperti Cik Zazaa ini.
Bayar insurans bulan-bulan RM 1600 lebih
Menerusi TikTok, si ibu ini kongsikan pengalamannya apabila anak perempuannya, Afrina hampir-hampir tidak dapat menerima rawatan gara-gara pihak insurans yang tidak memberikan kelulusan.
@cikzazaa769 Again 😢😢
@cikzazaa769 Serius sedih sangat . Korang nak tahu sambungan ?
Rawatan tidak akan dijalankan selagi tidak ada approval daripada pihak insurans, bagaimanapun, mujurlah ada ihsan daripada pihak perubatan sendiri, anak comel itu dapat dirawat dan pulang ke rumah dalam keadaan stabil.
Anak lagi sorang masuk hospital, doktor tak dapat rawat
@cikzazaa769 nanti cikzaza update sambungan . 😭
@cikzazaa769 Bibik dah menangis risau . Allahu 😢
Nak dipendekkan cerita, anak lelakinya pula tiba-tiba mengalami kekejangan, anaknya yang terus dikejarkan ke pusat perubatan, namun kejadian yang sama juga berulang kembali apabila doktor tidak dapat memberikan rawatan dengan kadar segera kerana nak tunggu pengesahan daripada pihak insurans.
@cikzazaa769 Sebagai ibu sanggup ke kita lihat anak menanggung sakit . nak bawak ke hsptal kewangan tak stabil ? 😢
Dengan peristiwa yang dialami olehnya, dia menasihati orang ramai agar sediakan wang sampingan kecemasan secara tunai jika alami krisis itu.