in

Lelaki Hilang 2 Kaki Digilis Tren Rupanya Sengaja Cederakan Diri Sebab Nak ‘Claim’ Insurans RM13.37 Juta

Lost Leg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang kehilangan kedua belah kakinya dalam satu insiden didedahkan oleh mahkamah sengaja terjun di hadapan sebuah kereta api bergerak bagi membolehkan dirinya menuntut wang insurans sebanyak 2.4 juta Pound Sterling (sekitar RM13.37 juta).


Daily Mail melaporkan, defendan yang hanya dikenali sebagai Sandor Cs., 54, kehilangan kedua belah kakinya selepas digilis kereta api di Nyircsaazari, Hungary, pada 30 Julai 2014 lalu.

Setelah tujuh tahun, Pest Central District Court akhirnya memutuskan pada 9 November lalu bahawa kecederaan yang dialami defendan adalah disengajakan bagi menuntut wang insurans benilai 2.4 juta Pound Sterling.

Circor Shares Soar On Cranes 17 Billion Buyout Offer E1636774653399
Gambar hiasan

Raguan terhadap dakwaan Sandor Cs. bahawa kejadian terbabit adalah satu kemalangan mula timbul selepas siasatan pihak berkuasa mendedahkan defendan ada mengambil 14 insurans hayat dalam masa setahun sebelum insiden terbabit berlaku.

Meskipun begitu, Sandor Cs. masih berkeras mengatakan kejadian yang menimpanya hanyalah kemalangan semata-mata. Dakwanya, dia terpijak serpihan kaca yang mengakibatkannya terjatuh di hadapan sebuah kereta api yang baru sahaja meninggalkan stesen.

38351330181 F4B0758Ba1 B E1636774561939
Gambar hiasan

Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua belah kaki Sandor Cs. terpaksa dipotong dari bahagian lutut ke bawah.

Mahkamah akhirnya memutuskan bahawa defendan harus menerima hukuman penjara ditangguhkan selama dua tahun dan perintah untuk membayar kos guaman bernilai 4,725 Pound Sterling (sekitar RM26,293).

Sumber: DailyMail

Baca: “Nak buat content TikTok punya pasal” – Lelaki Maut Dilanggar Ketika Rakam Video di Landasan Kereta Api

Feature 1 1 E1636774143721

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.