in

“Risiko besar bagi konvoi dan ambulans untuk bertembung” – Polis

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agak kecoh di media sosial bila video dashcam dari sebuah ambulans tular menunjukkan dorang telah ditahan oleh polis kerana ingin memberi laluan kepada konvoi VIP di Johor Bahru.

Disebabkan ini, ramai orang awam telah menyatakan rasa tak puas hati mereka lebih-lebih lagi memikirkan keadaan pesakit yang perlu dikejarkan ke hospital.


Ekoran ini, petang semalam (7 Mac) pihak polis Johor telah pun mengeluarkan kenyataan media bagi memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara YDH ACP Rupiah binti Abd Wahid, dua pegawai polis trafik tersebut sedang menjalankan tugas mengawal lalulintas sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru.

Keputusan dua pegawai polis ini untuk menghentikan ambulans tersebut adalah kerana dikhuatiri berlaku pertembungan di antara konvoi dan ambulans.

Ambulans yang datang dari arah susur jalan Danga Bay tetap diberikan keutamaan laluan. Anggota yang bertugas telah membuat penilaian dari sudut keselamatan di mana konvoi tersebut telah melalui jalan utama yang berada 100 meter di hadapan lebih awal untuk ke lokasi.

Sekiranya diberikan laluan hijau kepada ambulans, ia akan memberikan risiko yang besar kepada konvoi dan ambulans untuk bertembung.”

275281847 4357848780983860 8492760138871196621 N 275298026 4357848924317179 903541256123721498 N

Tambahnya lagi, video yang tular itu turut menunjukkan penahanan ambulans yang sangat minima dan hanya mengambil masa sekitar 30 saat.

Selain itu juga, pihak polis turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak mengeluarkan komen dan maklumat yang tidak benar bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

 

Baca: “Nyawa vvip lagi mahal” – [VIDEO] Polis Tahan Ambulans, Beri Laluan Kepada Konvoi VIP Undang Kecaman

Collage 20

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.