in

“Risau terpesong” – Elfira Loy Tegur Netizen Lakukan Tarian ‘Wednesday’

Elfira Loy Wednesday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Elfira Loy baru-baru ini mengambil kesempatan untuk menegur perbuatan ramai generasi muda yang melakukan cabaran tarian ‘Wednesday’ yang kini menjadi ikutan di media sosial.


Dalam satu perkongsiannya di Instagram, Elfira berpendapat tidak bagus sekiranya generasi muda ini dibiarkan terus ‘hanyut’ dengan hiburan yang ‘menyesatkan’ tersebut dan risau sekiranya mereka ini terpesong.

Hal ini kerana, lagu bertajuk Bloody Mary yang digunakan sebagai latar tarian yang tular berkenaan mempunyai maksud berkaitan dengan kepercayaan serta agama lain.

@lansolo_official Ok lepas video aritu..ramai pulak request kakak SOLO.. jadi kita belanja ‘kakak solo’! P/s : 2 mahkluk kat belakang tu in character jugak tau?! #lansolo #anakanaklansolo #sukasuka #wednesdayaddams #dancechallenge ♬ original sound – heyy

“Sekiranya anda tidak membuat carian dalam Google, inilah lirik tarian Wednesday”

Tambahnya lagi, jika orang ramai masih rasa ingin menari serta membiarkan budak-budak menari menggunakan lagu tersebut, ianya terpulang kepada diri masing-masing.

Menurut Kosmo! Online, lirik lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga tersebut mengandungi beberapa patah perkataan mengenai agama Kristian dan Jesus.

@ganii03_ #bloodymary #lyrics #fyp #foryou #ganii03_ ♬ original sound – heyy

Sebelum ini, penyanyi Lan Solo juga telah menerima kritikan ramai apabila berkongsi video dalam Instagram memaparkan anak perempuannya melakukan cabaran tarian Wednesday tersebut dan rata-rata menasihatkan Lan agar memahami dahulu maksud sebalik setiap bait lirik lagu tersebut.

Terdahulu, cabaran tarian Wednesday iaitu watak dalam siri popular Netflix meledak dalam media sosial terutamanya TikTok sehingga menjadi ikutan ramai.

Baca : “Sejak bila pulak?” – [VIDEO] Ada Pihak ‘Claim’ Aina Abdul Dari Indonesia Lepas Video Nyanyian Tular

Ft Aina Abdul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.