in

Ridhuan Tee Kesal Lagu Raya Baru Tak Sedap, Terkinja-Kinja Macam Orang Hilang Pedoman

Ridhuan Tee Kesal Lagu Raya Baru Tak Sedap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan yang masyarakat Malaysia kebanyakannya memilih untuk mendengar lagu raya nostalgia zaman dahulu berbanding lagu raya baru. Korang suka yang mana?


Mana taknya, melodi dan rentak lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi legend contohnya macam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Dato’ Dj Dave dan Allahyarham Sudirman Hj Arshad memang menusuk ke hati dan banyak mesej tersirat dalam lagu. Setuju kan?

Baru-baru ini, tular di media sosial penceramah bebas, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee ada menyatakan yang lagu raya baru tahun ini tidak sesuai didengar ketika sambutan Syawal dan seakan hilang roh dan jati diri.

Bukti

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila pemuzik tempatan terlalu mahukan inovasi dalam muzik sehingga menjejaskan suasana hari raya.

“Kenapa lagu-lagu hari ini tidak sedap”

“Malah lebih teruk lagi terkinja-kinja, terjerit-jerit seperti orang hilang pedoman?” – Ridhuan Tee

Beliau yang juga merupakan profesor Pusat Pengajian Teras (PPT) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) turut menambah yang lagu raya semakin teruk apabila ia dinyanyikan bersama-sama ‘bapok’ sehinggakan mak sendiri tak sanggup nak tengok.

Dalam masa yang sama, beliau meluahkan yang inovasi dalam muzik yang diperjuangkan dilihat sebagai bukan satu pembaharuan sebaliknya hanyalah pengaruh budaya barat bila mereka dah berjaya ‘basuh’ otak apabila irama muzik seperti rock, R&B dan rap diagungkan.

Ridhuan turut berpendapat yang lagu-lagu nyanyian penyanyi lama seperti Datuk M Nasir dan Tan Sri P. Ramlee berjaya menjadi malar segar sampai sekarang dan berpesan kepada pengkarya supaya terus menghayati lagu lama dengan lirik yang lebih tersusun, tertib dan bermakna.

Korang team lagu raya lama ke team lagu raya baru?

Baca: “Didakwa Promosi Gaya Hidup Songsang, MV Lagu Raya Usahawan Kosmetik Dirujuk Ke JAKIM”

Bawah 9

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.