in

Didakwa Promosi Gaya Hidup Songsang, MV Lagu Raya Usahawan Kosmetik Dirujuk Ke JAKIM

jakim ambil tindakan video dato aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan semenjak dari hari pertama dimuat naik, video klip lagu raya usahawan kosmetik terkenal kini katanya telah dirujuk ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dibawa ke pihak berkuasa.

Menerusi posting di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad telah mengesahkan bahawa dia sudah ambil maklum akan hal tersebut dan sebagai tindakan awal, ia telah dirujuk ke JAKIM.


51518087921 IdrisAhmad

“Saya mengambil maklum ada beberapa video yang tular berkenaan klip video raya yang dimuat naik oleh seorang ahli perniagaan yang tersohor di Malaysia.

“Ternyata terdapat perdebatan dan perbincangan yang agak panas di kalangan rakyat Malaysia terhadap klip video ini, yang diringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam, pastinya saya kira kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal kelak setelah kita menempuh ujian dan tarbiyah di dalam bulan Ramadan.

“Sebagai tindakan awal, klip video ini telah saya rujuk kepada JAKIM untuk dibawa ke pihak berkuasa,” katanya.

 

“Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata” 

Tambah Idris lagi, jika diberikan peluang, dia mahu bertemu mata dengan usahawan berkenaan yang juga empunya video itu sebagai tanda ingatan dan ukhwah sesama Islam.

Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhwah sesama Islam, dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dalam pertemuan ini,” katanya.

Menurutnya juga, ada sebaiknya video berkenaan yang kini berlegar di media sosial dikeluarkan dari disiarkan di mana-mana atau ‘private’ kan ia untuk tatapan peribadi empunya video saja.

Terdahulu, isu ini juga telah mendapat kritikan pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Dr Rafidah Hanim yang menyifatkan ia seolah-olah mempromosikan gaya hidup bebas dan songsang.

Image from iOS 6

Sejurus kritikan itu dikongsikan di Facebook, Menteri Agama dilihat telah meninggalkan komen mengatakan dia telah meminta pihak JAKIM ambil tindakan akan hal tersebut.

278623703 2171507763004671 8391592021216748749 n

Diharapkan pertemuan empat mata antara menteri dan usahawan berkenaan membuahkan hasil yang baik. Kita sama-sama doakan. 

Baca: “Cacing kepanasan” – Netizen Kurang Senang Tengok Aliff Syukri & Geng Menggeletis Dalam Lagu Raya Baru

alip

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.