in

“Rider kena hati-hati lepas ni” – Polis Jumpa Dadah Dalam Bungkusan Roti Lepas Pemandu E-hailing Curiga Barang Yang Di Hantar

Untitled Design 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyedihkan apabila ada individu yang tak bertanggungjawab menjadikan golongan penghantar makanan sebagai pengedar dadah tanpa disedari.


Terbaru menerusi Sinar Harian, seorang pemandu E-hailing bernasib baik selepas berasa curiga dengan bungkusan yang perlu dihantarnya iaitu roti dan telur.

Dia kemudiannya mengambil tindakan menyerah bungkusan tersebut kepada polis yang sedang melakukan sekatan jalan raya di Kampung Jawa semalam.

Apa yang mengejutkan, ketika diperiksa dalam roti tersebut mengandungi dadah yang dibalut dengan plastik.

Macam mana agaknya dia bubuh?

I1

Menurut Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli kejadian yang berlaku kira-kira jam 5:30 petang menyaksikan seorang lelaki berusia 26 tahun menyerahkan bungkusan plastik mengandungi 2 bungkus roti dan telur.

Hasil pemeriksaan mendapati satu peket plastik lut sinar berisi leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 14.11 gram yang disembunyikan dalam roti,” – Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli

Difahamkan, siasatan masih lagi dijalankan dan kes ini akan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rata-rata netizen sokong tindakan peghantar E-hailing tersebut kerana sifat curiganya dan menjalankan tanggungjawab dengan jujur.

 

Sikap berasa curiga ni boleh menyelamatkan nyawa

I2 3

Tindakan bijak!

I3 3

 

Baca: “Hantar roti canai dari PJ ke Gombak” – Orang Guna Food Rider Untuk Buat ‘Delivery’ Dadah

Capture 20200416 154941 Crop

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.