in

Restoran Sushi Di Jepun Pakai Khidmat ‘Abang Sado’ Untuk Tarik Pelanggan

Untitled Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah restoran sushi di Jepun melakukan satu kelainan dengan menggunakan khidmat ahli bina badan profesional sebagai penghantar makanan.


Ia dibuat bagi menarik perhatian pelanggan, ketika kebanyakan rangkaian kedai makanan di negara itu berdepan detik sukar untuk meneruskan perniagaan masing-masing dalam musim pandemik COVID-19.

Idea itu dicetuskan Masanori Sugiura, pemilik generasi ketiga sebuah restoran yang telah beroperasi selama 60 tahun di Anjo.

Memetik laporan RT, perniagaan Sugiura terjejas teruk sejak COVID-19 melanda. Jika kebiasaannya sebelum ini restoran itu mampu meraih hasil sebanyak 100 juta yen, namun pada suku April-Jun lepas ia merudum teruk kepada hanya sekadar 10 juta yen sahaja.

Sugiura yang juga merupakan seorang ahli bina badan kemudian mendapat idea tersebut, dan mempelawa rakan-rakannya untuk melakukan khidmat penghantaran unik itu kepada pelanggan.

Tidak disangka-sangka, kelainan yang dibuatnya itu membuahkan hasil apabila permintaan pelanggan bertambah mendadak sehingga berjaya meraih pendapatan sebanyak 1.5 juta yen sebulan.

Mana-mana pelanggan yang mahu makanan mereka dihantar oleh ‘abang sado’ ini perlu membuat pesanan minimum sebanyak 7,000 yen terlebih dahulu.

 

Baca: Jepun Perkenal Rumah Hantu ‘Drive-thru’ Untuk Elak Penyebaran Covid-19

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.