in

Jepun Perkenal Rumah Hantu ‘Drive-thru’ Untuk Elak Penyebaran Covid-19

New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa pernah masuk dalam rumah hantu? Kebiasaannya, rumah hantu di Malaysia tidaklah seram seperti yang dijangka, kadang-kala ada yang bergelak ketawa selepas habis perjalanan dalam rumah hantu. Punyalah tak seram!


Terbaru, syarikat Kowagarasetai di Jepun ada membawa satu kelainan buat penggemar rumah hantu, dengan memperkenalkan konsep rumah hantu pandu lalu.

Selepas melihat industri lain seperti kelab malam dan pameran seni yang mendapat sambutan ramai selepas menggunakan konsep pandu lalu, syarikat ini tampil untuk membuat konsep yang sama buat rumah hantu mereka.

5Efce389988Ee3635C357469

Rumah hantu yang terletak di Tokyo ini memerlukan pengunjung membawa kereta sendiri atau menyewa kereta yang disediakan, dan mereka akan dipaksa duduk di dalam kereta sehingga tamat persembahan daripada para hantu. Tak boleh lari ya!

Tidak mengejutkan, rumah hantu pandu lalu ini mendapat sambutan ramai dan penjualan tiket habis dalam masa yang pantas pada 4 dan 5 Julai lepas.

Buat masa ini, pihak mereka sedang dalam perancangan untuk menambah lagi slot ekoran permintaan pengunjung yang semakin meningkat.

Konsep rumah hantu pandu lalu ini dilihat begitu unik dan sesuai buat pengunjung yang mahu berhibur, namun dalam pada masa yang sama mahu menjaga kesihatan daripada penularan wabak Covid-19.

Sumber: Insider

BACA: Kecoh! CCTV Rakam Wajah Wanita Seakan Hantu Filem “The Excorcist”

Aa 1

Sumber: Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.