in

“Respect!” – Penyokong Jepun Curi Tumpuan Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih!

Penyokong Jepun World Cup Qatar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesiapa yang biasa ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolasepak, tidak kiralah dalam negara mahupun luar negara, pastinya korang ada berdepan dengan situasi yang mana segelintir penyokong akan membuang sampah merata-rata atau tinggalkan sampah di tempat duduk mereka.


Situasi yang sama juga berlaku ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 Qatar yang menemukan pasukan tuan rumah dengan Equador pada hari Ahad lalu.

Pun begitu, ada satu ‘insiden’ yang berlaku selepas perlawanan yang melibatkan penyokong pasukan Jepun yang turut menghadiri perlawanan pembukaan tersebut dan perkara itu telah mendapat perhatian seluruh dunia.

Ezgif.com Gif Maker 20

Menerusi video yang asalnya dimuatnaik oleh seorang pereka konten dari Bahrain, Omar Al-Farooq, video itu kemudiannya dikongsikan oleh ramai pihak dan tular serata dunia.

Video berdurasi kurang dari seminit tersebut menunjukkan penyokong pasukan Jepun membawa plastik sampah dan membantu untuk membersihkan kawasan stadium selepas kebanyakan penyokong lain keluar sesudah tamat perlawanan.

“Kami orang Jepun, kami tidak meninggalkan sampah merata-rata, kami hormati tempat ini”

Menurut salah seorang daripada penyokong Jepun berkenaan, mereka melakukan perkara sedemikian kerana mereka menghormati tempat di mana mereka berada dan mereka tidak akan meninggalkannya dalam keadaan kotor.

Selain sampah, mereka juga turut mengutip bendera-bendera negara yang jatuh dan ditinggalkan oleh para penyokong dan ianya sesuatu yang patut dicontohi dan dihormati.

@qatarliving??❤️♬ original sound – qatarliving

Sehingga kini, video asal Omar di Instagram tersebut telah mendapat lebih 700 ribu likes dan menerima 9820 komen daripada netizen yang rata-rata memuji dan menghormati apa yang dilakukan oleh penyokong negara Jepun ini.

Pun begitu, ini sebenarnya bukanlah kali pertama penyokong daripada negara matahari terbit ini mendapat perhatian gara-gara adab mereka.

Pada perlawanan pembukaan Piala Dunia edisi 2018, selepas pasukan Jepun berjaya menundukkan Colombia, penyokong mereka turut menambat hati para peminat sukan tersebut bila mana mereka beramai-ramai membersihkan stadium dengan mengutip kesemua sampah dan membawa plastik sampah sendiri!

Baca : “Unik dan menarik” – Ini Fakta Nombor Berkaitan Piala Dunia FIFA 2022 Qatar

Fakta Nombor Tentang World Cup 2022 Qatar

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.