in

“Unik dan menarik” – Ini Fakta Nombor Berkaitan Piala Dunia FIFA 2022 Qatar

Fakta Nombor Tentang World Cup 2022 Qatar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejohanan Piala Dunia FIFA 2022, atau FIFA World Cup 2022 Qatar edisi ke-22 mula membuka tirai malam semalam (18 Disember) dan dijadualkan berlangsung sehingga 18 Disember 2022 membabitkan 32 buah negara.


Walaupun berdepan dengan beberapa kontroversi, acara bola sepak terbesar di dunia kali ini pastinya bakal menjadi antara yang paling unik dan menarik dalam sejarah.

Apa yang pasti, negara tuan rumah, Qatar telah berbelanja besar untuk mempersiapkan diri mereka dan dianggarkan telah mengeluarkan belanja sehingga 200 bilion USD, jumlah paling besar dibelanjakan oleh tuan rumah setakat ini yang merangkumi pelbagai projek infrastruktur seperti membina stadium, lebuhraya, hotel dan lain-lain.

Body 2 11

Berikut adalah fakta nombor mengenai FIFA World Cup 2022 Qatar :

29 Hari : Piala Dunia Paling Singkat

Tempoh kejohanan daripada perlawanan pertama sehingga perlawanan akhir hanya dilangsungkan dalam masa 29 hari dan merupakan piala dunia paling singkat selepas Argentina pada tahun 1978

Tempoh yang singkat ini menyebabkan penganjur terpaksa menganjurkan 4 perlawanan dalam sehari berbanding edisi-edisi sebelum ini yang kebanyakannya ialah 3 perlawanan sahaja.

Tiada tempoh ‘rehat’ antara peringkat kumpulan dan peringkat kalah-mati dengan perlawanan tersebut akan berlangsung sehari selepas tamat peringkat kumpulan.

8 Buah Stadium : Stadium Paling Sikit Terlibat

Untuk pengetahuan, hanya 8 buah stadium sahaja akan digunakan sepanjang tempoh kejohanan dan ianya semua berdekatan antara satu sama lain.

Jarak yang memisahkan dua stadium paling jauh hanyalah 40 batu, sekitar 63.4 kilometer iaitu di utara Doha, Stadium Al Bayt dan Stadium Al Janoub yang tertelak di pusat bandar.

Ezgif.com Gif Maker 19

Dianggarkan perjalanan hanya mengambil masa 50 minit sekiranya tiada kesesakan lalu lintas dan paling menarik, kesemua stadium boleh diakses menggunakan sistem keretapi dan bas perantaraan.

974 : Stadium ‘Pakai Buang’

Stadium 974

Tujuh daripada lapan buah stadium yang akan digunakan merupakan stadium baharu yang dibina semata-mata untuk kejohanan ini.

Menariknya, sebahagian daripada kerusi di stadium-stadium ini akan dibuka selepas perlawanan akhir dan diberikan kepada negara-negara lain, sekitar 200,000 kerusi kesemuanya.

Stadium 974 yang diperbuat daripada kontena kapal akan dibuka sepenuhnya manakala salah satu daripada stadium yang digunakan iaitu Stadium Ahmad Bin Ali akan menjadi stadium pasukan Al Rayyan.

30,000 Bilik : Penginapan Tak Mencukupi

Screenshot 2022 11 21 140723

Disebabkan negara Qatar bukanlah sebuah negara yang besar, maka tidak hairan mereka tidak dapat menyediakan penginapan yang secukupnya buat penyokong piala dunia 2022.

Mac lalu, negara tersebut hanya mempunyai 30,000 buah bilik hotel, manakala anggaran penyokong yang akan membanjiri negara berkenaan sepanjang kejohanan sekitar 1.5 juta!

Kekurangan penginapan buat penyokong ini bermakna mereka yang hadir untuk memberi sokongan pada negara masing-masing terpaksa tinggal di negara jiran seperi Oman, Arab Saudi atau Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

2.89 Juta Tiket : Kehadiran Penyokong Paling Tinggi

Walaupun mengalami masalah dari segi penginapan, ini tidak menghalang jutaan penyokong dari segenap pelusuk dunia untuk menghadiri kejohanan tersebut.

Difahamkan, sejak Oktober lagi, kesemua tiket perlawanan telah sold-out, iaitu sebanyak 2.89 juta keping tiket bagi menyaksikan kejohanan yang buat kali ke dua diadakan di benua Asia dan pertama kali di negara timur tengah.

Negara Asia yang berjaya menjadi tuan rumah sebelum ini adalah Jepun, pada tahun 2002.

Fuh, memang menarik kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar ni, tengok gaya upacara pembukaan pun dah tahu ini akan jadi edisi paling diingati ramai dalam sejarah.

Baca : Ramai ‘Amazed’ Lihat Piala Dunia di Qatar, Majlis Dimulakan Dengan Ayat Suci Al-Quran

Piala Dunia Opening 1 1

Sumber: Qatar 2022
Sumber: Qatar 2022
Sumber: The Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.