in

Rempuh Penunggang Motosikal Dekat Lampu Isyarat, Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah

Ft Warga Emas Rempuh Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kira-kira dalam hujung tahun lepas, tular satu video insiden kemalangan di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam kemalangan itu, seramai 4 orang penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi yang dipandu oleh wanita warga emas. Kejadian itu berlaku pada 27 November 2023 lepas.


Artikel Berkaitan : Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun Rempuh Ruang Tamu Rumah Menyebabkan Warga Emas Maut

Artikel Berkaitan : Gadis 16 Tahun Memandu Tanpa Lesen Rempuh Motorsikal Menyebabkan Warga Emas Maut

@utusantvofficial

Kejadian di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, di George Town semalam (27NOV23). #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #penang #myvihilangkawalan #myvi

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Susulan itu, Tan Leuk Ley, 76, yang dihadapkan Mahkamah Majistret Jenayah, Georgetown hari ini mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Dalam pertuduhan, warga emas itu memandu dengan kelajuan bahaya sehingga menyebabkan kemalangan yang membabitkan 3 motosikal yang terdiri daripada 5 penunggang dan pembonceng yang berusia dalam lingkungan antara 15 hingga 40 tahun.

420511760 807013494791399 3340712661071656759 N

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 5 tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali dan tertuduh diwakili peguam, Dev Kumaraendran.

Pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan namun Dev memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya kini mengalami kolesteatoma (ketumbuhan dalam telinga) sejak 2002 sehingga hilang pendengaran pada telinga kanan.

“Anak guam saya pernah dibedah tiga kali dan masih perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang dan hospital swasta.”

“Anak guam saya juga seorang pesara yang dahulunya berkhidmat sebagai kerani di IPK Pulau Pinang selama 30 tahun dan mempunyai pendapatan pencen RM1,800 sebulan.Tertuduh kini dijaga anak perempuannya sejak kematian suami 10 tahun lalu.”

420537643 807013524791396 5382998202700056929 N

Susulan itu, pihak mahkamah telah menetapkan jaminan RM15,000 untuk kesemua pertuduhan bersama dengan seorang penjamin, malah tertuduh dilarang mengganggu mangsa dalam kes tersebut. Mahkamah turut menetapkan 8 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber :  Harian Metro, BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.