in

Remaja Kelar Leher & Pukul Ibu Dengan Kayu Besbol Lepas Kantoi Mencuri

Matthew Dempsey Mary Helen Dempsey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahu, anak mana yang sanggup buat mak sendiri macam ni? Melampau betul, dah pukul mak guna kayu besbol lepastu kelar leher mak sendiri? Tergamak betul.


Menurut Mirror, dua orang remaja berusia 18 tahun Matthew Dempsey dan Daniel Saucedo, telah ditahan atas tuduhan membunuh Mary Dempsey yang berusia 53 tahun dengan mengelar lehernya.

Menurut laporan penahanan dari pihak polis San Antonio, Matthew telah mengaku membunuh ibunya sendiri dengan bantuan rakannya, Daniel.

Hb

Matthew memberitahu pihak polis, tengah malam Isnin lalu, dia dan Daniel telah pulang ke rumahnya di San Antonio, Texas. Dia masuk ke rumah menggunakan kunci dan mula mengumpul barang-barang yang mereka mahu curi dari rumah ibunya.

Namun, ketika kedua remaja ini bersiap sedia hendak meninggalkan rumah tersebut, Mary pulang ke rumah.

Ketika Mary hidupkan lampu rumah, Matthew dan Daniel telah menyerang dia dari belakang dengan kayu besbol dan membunuh wanita malang ini dengan mengelar lehernya menggunakan pisau dapur.

Dua remaja ini kemudian menyelongkar beg dan memasukkan barang-barang curi ke dalam kereta Mary sebelum pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang wanita itu.

0 Matthew Dempsey

Keesokan harinya, pekerja Mary menelefon anak perempuannya kerana dia merasa ada sesuatu tak kena selepas wanita tersebut tak masuk ke pejabat atau menjawab telefon.

Anak perempuan Mary kemudiannya pergi ke rumah ibunya sebelum menemui mayat wanita itu dalam keadaam berlumuran darah di bawah selimut.

Penglibatan Matthew dengan kes kematian ibunya ini terbongkar selepas penyiasat menemui rakaman CCTV yang menunjukkan dua lelaki keluar masuk rumah tersebut pada waktu malam dan awal pagi.

Kedua-dua remaja ini akhirnya ditahan dan mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak satu juta USD setiap seorang.

 

Baca: Kebahagiaan ‘Happy Family’ Ini Berakhir Apabila Dua Beradik Ini Bunuh Ibu Bapa Mereka Sendiri Sebab…

Screenshot 2019 04 12 At 3.38.39 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.