in

“Rebah masa nak solat..” – Detik Akhir Suami Dengan Isteri Sebelum ‘Pergi’ Sehari Lepas Lahir Anak Kembar

Isterimeninggaldunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melahirkan cahaya mata pertama sudah semestinya satu rahmat besar bagi pasangan yang baru berkahwin. Namun ada kalanya ia menghibakan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu nak memikul. Rasa pilu tak terkata bila baca pengorbanan seorang ibu yang bernama Alia Sumayyah Ali Khalbi ini.

Biarpun doktor sarankan untuk gugurkan kandungan sebab menghidap kanser servik, arwah isteri Alif Adam Raif ini bertekad untuk tetap melahirkan zuriat kembar walaupun risikonya tinggi.

 

Pernah mengandung masa bulan pertama, tapi tak bertahan lama

“Dia minta saya mengimamkan solat Maghribnya sebelum rebah masa nak solat. Itulah kali terakhir saya berbual dan menatap matanya sebelum dia pergi tinggalkan saya selamanya.”

Pada bulan pertama perkahwinan Alhamdulilah isteri saya disahkan mengandung. Namun kandungan itu tak bertahan, isteri saya keguguran.”

Masih bersedih dengan kehilangan isteri, Alif akui masih belum kuat untuk menerima pemergian isterinya yang berumur 19 tahun yang baru sahaja melahirkan bayi kembar lelaki sehari selepas bersalin pada 7 Oktober lalu.

 

Disahkan mengandung lagi & menghidap penyakit kanser servik. Minta digugurkan tapi enggan turuti

Mstar2

“Doktor beritahu rahim isteri saya tidak kuat untuk mengandung. Allah bagi lagi rezeki siapalah kami untuk menolaknya dan isteri saya disahkan mengandung. Tetapi dalam masa yang sama doktor mengesahkan juga isteri saya menghidapi kanser servik,

Saat itu isteri menangis teruk dan enggan melakukannya. Dia bertekad untuk melahirkan zuriat untuk saya.” 

Ketika ditemubual oleh mStar, Alif mengatakan bahawa isterinya enggan untuk menuruti saranan doktor untuk mengugurkan kandungannya

 

Terpaksa melahirkan anak seawal tujuh bulan untuk proses pembedahan


“Isteri saya juga kerap dimasukkan ke hospital. Saya bersetuju dengan saranan doktor demi kebaikan isteri, dia tetap tidak mahu kerana rasa dirinya tidak sempurna sebagai isteri sekiranya tidak dapat melahirkan zuriat.

Isteri saya boleh meneruskan untuk melahirkan tetapi hanya pada awal tujuh bulan kandungannya untuk proses pembedahan.

Berikutan dengan penyakit yang dihidapi oleh isiterinya, Alia kerap dimasukkan ke hospital dan demi meneruti kehendaknya, Alif bersetuju untuk melahirkan anak kembar seawal 7 bulan demi kebaikan isterinya.  

“Sehari selepas pembedahan melahirkan bayi kembar, isteri saya pergi buat selama-lamanya.”

Walaupun dalam kesedihan, saya turut bersyukur kerana kedua-dua bayi saya (Adam Luth Syafie dan Adam Lutfi Syarif) yang kini masih di hospital kerana lahir tidak cukup bulan berada keadaan sihat, tiada komplikasi. Dan saya juga masih ingat ayat terakhirnya sebelum menghembuskan nafas, dia berpesan supaya saya terus kuat sekiranya Allah menjemputnya pulang.

Jangan pernah salahkan takdir Allah, kerana itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan”

 

Teringat zaman perkenalan, isteri seorang ‘jual mahal’ & pemalu

Mstar1

“Saya baharu mengenalinya dua tahun lalu. Tetapi sebenarnya saya selalu nampak dia sejak berusia 16 tahun. Kawan baik saya tinggal berjiran dengan arwah.Selepas arwah habis sekolah saya cuba minta tolong kawan saya untuk kenalkan saya dengan isteri.

Saya cuba banyak kali dan akhirnya pada Julai tahun lalu  saya beranikan diri membawa keluarga meminangnya dan kami berkahwin pada awal tahun ini.”

 

Berumur 19 tahun, perangai berjiwa remaja tapi rendah diri & jaga akhlak sebagai isteri

“Isteri saya baru berumur 19 tahun, semestinya perangai berjiwa remaja. Namun apa yang saya suka dia yang sangat merendah diri, dia seorang niqabis. Dia jaga akhlak sebagai seorang isteri. Walaupun masih muda namun dia seorang yang sangat matang dan bijak menguruskan keperluan saya. Dia seorang yang mudah tersentuh dan mudah terhibur.”

Terlalu banyak detik manis bersama, tetapi, masa tak mengizinkan kami untuk terus bersama. Dalam pada itu, Alif turut berkongsi tekadnya untuk membesarkan anak-anaknya sendiri.

 

Menggantikan tempatnya tidak mungkin. Saya berazam untuk membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih sayang

Mstar3

“Kehadiran anak-anak membuatkan saya tetap kuat. Arwah isteri ada pesan jika dia tak sempat membesarkan anak-anaknya , dia berharap saya dapat pengganti  tempatnya dengan seorang ibu yang baik.

Saya rasa tidak, cukuplah saya untuk mereka. Menggantikan tempatnya tidak mungkin. Saya berazam untuk membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih sayang. Saya akan selalu mengingatkan mereka tentang ibu mereka walau tidak pernah berjumpa.

Cukuplah ada keluarga dan mereka yang tidak henti mendoakan kami, terima kasih kerana selalu memberi sokongan penuh sehingga ke hari ni. Saya berharap doa dan sokongan mereka tidak akan putus untuk keluarga kecil saya ini”

Ketika sedang ditemubual oleh mStar, Alif dalam keadaan tidak sihat kerana terlalu rindu dengan arwah isterinya. Moga-moga Alif sabar dan kuat dalam menerima ketiadaan yang tersayang. Al-Fatihah

Baca: Suami Tidak Berjaya Selamatkan Isteri, Meninggal Dalam Kebakaran Di Depan Mata

Lobakmerah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.