in

“Rebah lepas weightlifting” – Kementerian Kesihatan Singapura Siasat Remaja Kena Serangan Jantung 6 Hari Lepas Suntik Vaksin

Remaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja 16 tahun dari Singapura telah dikejarkan ke wad hospital akibat serangan jantung pada enam hari selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.


Dikatakan bahawa remaja tersebut telah menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer pada 27 Jun, dia dilaporkan sihat selama 5 hari. Namun, pada hari keenam, dia melakukan angkat berat di gimnasium sebelum rebah setelah tiba di rumahnya.

Remaja tersebut kini berada dalam keadaan kritikal di ICU di Hospital Universiti Nasional. Sementara itu, Kementerian Kesihatan Singapura berkata, remaja tersebut sering membuat aktiviti angkat berat melebihi daripada berat badannya.

Gym

Pihak Kementerian Kesihatan Singapura negara tersebut kini sedang melakukan ujian klinikal untuk mencari punca serangan jantung sama ada perkara itu berkait rapat dengan suntikan Pfizer atau tidak, lapor CNA.

Dalam pada itu, Pengawal selia kesihatan di Amerika Syarikat mengatakan bahawa ada risiko keradangan jantung yang jarang berlaku dengan penggunaan vaksin mRNA (Pfizer & Moderna) dan ia dilihat terutamanya pada lelaki muda, lapor REUTERS. Walau bagaimanapun, faedah mendapatkan vaksin Covid-19 melebihi risiko.

Gym 2

Berikutan kejadian ini, para pakar mengatakan bahawa mereka yang baru saja mendapat vaksin mereka, terutama remaja dan lelaki muda tidak boleh melakukan aktiviti berat selama satu minggu setelah mendapat dos Covid-19.

 

Baca : Syabas! Malaysia Capai Angka Tertinggi Vaksinasi Harian Lepasi 300,000, Kini 20% Rakyat Malaysia Dah Terima Dos Pertama

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.