Didakwa cuba memesongkan akidah anak muda di media sosial, Iqram Dinzly telah ditegur oleh PU Syed baru-baru ini. Difahamkan, menerusi TikTok live bersama seorang remaja, Iqram dilihat mengenakan solekan yang menggerunkan pada wajahnya dan kemudian ditegur oleh remaja tersebut.
Remaja lelaki berkenaan dikatakan cuba mengingatkan Iqram tentang Allah SWT namun pelakon drama Dunia Baru itu hanya memberi respon dengan ayat,
Jadi Sembahlah aku….”
Perlukan rawatan jika benar sakit – PU Syed
Menerusi Instagram, PU Syed telah mengingatkan agar pengguna media sosial yang lain untuk tidak melayan Iqram sekiranya dia ada membuat sesi live kerana bimbang akan terpesong akidah selain tidak mendapat manfaat.
Selain itu, PU Syed turut berkata Iqram memerlukan rawatan dari segi kerohanian dan akidah kerana dikhuatiri akan tersimpang lebih jauh lagi. Katanya,
Dia perlu bawa untuk dapatkan rawatan, kalau benar dia sakit. Tapi kalau dibuat dalam keadaan dia sedar, perlu diambil tindakan undang-undang kerana telah merosakkan akidah diri dan umat Islam yang lain.”
https://www.instagram.com/p/CQCdrpKFB-C/
“Macam anjing menyalak alkononnya acah kau kata aku rosak akidah.” – Iqram
Iqram kemudian memberi responnya dengan membidas kenyataan PU Syed yang mendakwa dia memesongkan akidah anak muda serta memerlukan rawatan. Menerusi Instagram, dia telah memberikan komen tentang dakwaan yang menurutnya adalah fitnah terhadapnya.
Dia turut berpendapat jika benar PU Syed mahu memberi teguran terhadapnya, perlulah dengan cara bersua muka dan berbicara dengan berlapang dada, bukannya melalui media sosial sebegitu.
Beberapa point telah dibangkitkan melalui responnya di Instagram itu dan Iqram sama sekali tidak setuju dengan PU Syed yang melemparkan tuduhan sewenang-wenangnya tanpa mengetahui perkara sebenar.
https://www.instagram.com/p/CQD41yWnaW1/
Kenapa aku pula kau nak bangkitkan isu yg mungkin kau sedang stress | depression sebab pusat rawatan kau tak siapa nak lawat sebab PKP?”
Chill Ah Bro! Sekiranya benar kau di jalan Allah, kau kena redha & berserah. Bukan macam anjing menyalak alkononnya acah kau kata aku rosak akidah.”
Apa-apa pun isu di antara mereka berdua ini, diharap dapat diselesaikan dengan baik dan cara yang profesional.