Dunia masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga dengan penularan wabak Coronavirus. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan tempatan membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Wuhan, China dengan sebuah penerbangan khas.
Menerusi akaun Twitter milik @ieralee, kita dapat tengok video macam mana proses dan pengalaman krew yang menjadi hero membawa pulang rakyat Malaysia dari sana. Cuba korang tengok video kat bawah ni.
https://twitter.com/ieralee/status/1225665166714400772?s=21
Terima kasih, hero sebenar!
Menerusi video ini, semua netizen mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan mereka. Kami di Lobak Merah pun turut sama mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada mereka.
Ya terima kasih buat mereka yang sanggup bergadai nyawa. Terima kasih kerana menjadi wira! Tahniah diucapkan.
Admin pun sebak gak tengok. Tak tahu kenapa, tapi terasa sebak tengok video tu.
Semoga Tuhan melindungi kita dari bala bencana dan virus yang membawa maut ini. Amiin. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Baca: 5 Lelaki Kena Jangkit Coronavirus Lepas ‘Workout’ Dekat Gym