Umum mengetahui, Sambal Nyet oleh Khairul Aming menjadi kegilaan ramai, setiap kali mula dijual, pasti sold out dalam masa beberapa jam sahaja.
Kemudian, pempengaruh masakan itu mengeluarkan satu lagi produk iaitu Dendeng Nyet Berapi. Itu juga menjadi kegilaan ramai sehingga adanya produk tiruan makanan tersebut.
Hari ini, Khairul Aming mengumumkan bahawa terdapat satu lagi produk makanan yang dilancarkan olehnya iaitu Rendeng Nyet Berapi.
Artikel berkaitan: Dulu Masak Atas Lantai, Khairul Aming Kini Labur Lebih RM100,000 Untuk Hasilkan Video Masakan
Artikel berkaitan: “Ramai tak boleh survive lebih 3 tahun” – Khairul Aming Dedah Realiti Sebenar ‘Content Creator’
View this post on Instagram
“Produk ketiga Khairulaming. Penat lelah dari 3 bulan lepas akhirnya akan berakhir tak lama lagi. KA tak sabar nak bagi you guys rasa Rendang Nyet Berapi ni,” tulisnya di komen.
Makanan ready to eat itu difahamkan akan mula dijual pada 8 Ogos ini iaitu pada hari Jumaat ini.
Ruangan komen hantaran itu dibanjiri dengan komen yang menyatakan tidak sabar untuk merasa serta membeli produk itu.
Meskipun hantaran itu baru dimuat naik kira-kira 30 minit lalu, namun sudah mendapat lebih 1k komen serta 30k tanda likes.
Hebatnya, terliur tengok video tu!
Sumber: Instagram