in

Raya Dulu vs Raya Sekarang

Page Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman dah berubah dan perkara yang diamalkan sebelum ni, belum tentu lagi berlaku kini. Sebagai contoh time raya. Beza weh raya dulu dengan raya sekarang. Yelah zaman pun dah moden, bebudak muda pun lebih sukakan teknologi berbanding nak bergaul di hari raya.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang dah tak diamalkan atau masih diamalkan cuba lain pendekatannya. Ni raya dulu vs raya sekarang.


 

1. Harga baju raya

Yuh
gambar hiasan

Berbanding dengan dulu bila kita kena keluar cari baju raya di kedai-kedai sekarang boleh beli online je.. Tapi, kemudahan yang kita ada sekarang datang dengan harga yang perlu dibayar sebab baju raya sekarang mahal betul! Kadang rasa tak berbaloi nak bayar sampai RM200 lebih untuk baju raya yang biasa-biasa je tu. Dulu rasanya harga baju raya takdelah semahal zaman sekarang.

Baju
gambar hiasan

Korang setuju tak?!

 

2. Style baju raya lelaki

Fr
sumber: wikipedia

Rindu zaman style baju raya lelaki yang normal baju melayu dan bukannya fesyen yang merepek-repek tu. Pakai baju melayu dah nampak sopan dan segak dah. Tapi ada jugak yang kononnya nak nampak lain dari yang lain tapi end up nampak pelik dan tiru ala-ala style perempuan pulak. Pelik tau. Baju-baju style macam ni selalu viral bila nak dekat hari raya. Ada ke yang membeli?

Uy
sumber: blog

Ke korang beli? Ngaku sekarang!

 

3. Ziarah sanak saudara

U
sumber: berita harian

Bestnya time raya sebab kita dapat berjumpa dengan sedara mara yang jarang jumpa. So, kalau dulu-dulu, bebudak akan lepak sama-sama dengan cousin. Kalau tak borak, dok main kat luar tu sama-sama. Tapi sekarang ni, yang bising cuma pakcik makcik je. Yang muda-muda ni sibuk mengadap handphone.

Ty
gambar hiasan

Cubalah jangan anti-sosial sangat.

 

4. Duit raya

Duitraya
sumber: blog

Duit raya the best part lah masa time raya. Tapi untuk budak-budak kecik jelah. Apa-apapun, dulu-dulu kita bersyukur sangat kalau dapat RM1 sekali pun. Seringgit tu dah kira banyak dah lah zaman dulu. Tapi sekarang ni, kau try lah kasi RM1 kat anak-anak sedara kau. Confirm, dia label korang pakcik/makcik paling kedekut yang dorang ada. Dorang nak duit merah. Apa barang bagi warna biru cair tu?

Kanak
gambar hiasan

Korang isi berapa je dalam angpau tu?

 

5. Ucapan raya

2 1
sumber: blog

Antara pengalaman manis sambut raya zaman dulu-dulu ialah beli kad raya dan tulis ucapan raya sebelum dipos kan dekat kawan-kawan. Zaman sekarang nak jumpa orang jual kad raya pun susah tau sebab orang lebih prefer hantar ucapan raya melalui Whatsapp tak pun dekat media sosial. Kalau dulu-dulu rajin betul siap tulis pantun pecah kaca pecah gelas lagi dalam ucapan raya kita. Tapi sekarang…

Rayayaya 1
sumber: facebook

Malas betul nak taip penuh ye.

Apa yang korang rasa perbezaan antara raya dulu dan sekarang yang korang perhatikan? Kadang makin lama makin kurang riuh dekat kampung disebabkan bebudak muda ni anti-sosial. Apa-apapun, sambutlah raya dengan orang yang tersayang selagi mereka masih ada.

Selamat hari raya!

Baca: 23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia

Raya 10 Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.