in

“Rasa terpukul” – Netizen Sebak 2 Kanak-Kanak Maut Makan Sisa Makanan Dalam Tong Sampah

2 Budak Makan Dari Tong Sampah Maut Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragis dan sangat menyedihkan…

Inilah yang dapat digambarkan mengenai satu kejadian yang menimpa dua beradik warga Myanmar selepas mereka dilaporkan maut dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi semalam.


Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashaari berkata, polis telah menerima laporan berkaitan kematian dua kanak-kanak lelaki bernama Nizambudin Jamaludin, 4 dan Ngei, 2 pada jam 6.15 petang.

Budak Maut

Menerusi siasatan, pada jam 5.30 petang, bapa mangsa yang berusia 36 tahun ternampak anaknya berdekatan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat mangsa ke rumah jiran berdekatan.

“Bapa mangsa mendapati mulut kedua-dua anaknya berbuih dan selang beberapa minit kemudian anaknya sudah tidak bernafas,” kata Shariman.

Mayat kedua-dua beradik itu kini dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

 

“Rasa sedih dan kecewa di saat kita ada makanan kita mengeluh…” 

Berita tersebut ternyata menyentuh hati netizen yang mana menyifatkan kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula apabila ada di antara kita masih boleh hidup bersenang-lenang dan cukup makan setiap hari.

Budak Maut Komen Bernama

Salam takziah kepada keluarga mangsa. Harap perkara sebegini tidak lagi berulang. Kesian sangat dengan mangsa yang masih kecil. 

Baca: “Terjumpa di taman rumah nenek” – 2 Beradik Maut Termakan Buah Beracun Disangka Epal

Buah

Sumber: Bernama
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.