in

“Rasa macam otw ke alam barzakh” – Jerebu Terlampau Teruk, Netizen Terkejut Tengok Video Jambatan Pulau Pinang ‘Hilang’!

Hilang Bridge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Asap jerebu yang tebal menyelubungi Malaysia sekarang ini boleh katakan agak mengejutkan dan seram jugalah kerana situasi sekeliling nampak suram dan beberapa bangunan yang sering kita lihat sudah makin tak kelihatan.


Paling obvious sekali ialah situasi di Pulau Pinang sekarang, apabila Jambatan Pulau Pinang ni dikatakan seakan-akan mulai hilang daripada pandangan. Uish! Hampa biaq betoi ni? 

 

“Jerebu kali ni tak lawak. First time Jambatan Pulau Pinang tak nampak penghujung dia” 

Seorang netizen di Twitter telah berkongsi satu video viral yang menunjukkan keadaan jambatan Pulau Mutiara ni yang kelihatan seakan-akan sudah ditelan jerebu. Tak nampak penghujung. Entah mana daratan, mana laut pun min tak tau. 

Mainland

Eetjuvsuwaiplrl

Eetjwjzu4Aa9Iwe

Eetjxg1Ueaef Wa
sumber: twitter

Erk! Dah macam Silent Hill pun ada jugak! 

 

“Jambatan to nowhere?” 

Selain dari itu, ramai juga berkongsi pengalaman yang sama apabila mereka juga tertanya-tanya di manakah penghujung jambatan ni. Kalau lalu Jambatan Sultan Abdul Halim (Jambatan Kedua Pulau Pinang) lagilah haru kan. Sudah la ia panjang dari jambatan biasa tu.

 

“Ni bukan Jambatan Pulau Pinang, ni jambatan dalam cerita Korea Hotel Del Luna tu” 

Asap Jambatan
sumber: twitter

Terbaru hasil pemeriksaan admin sendiri di laman MyIPU, indeks pencemaran udara nampak makin menurun di Pulau Pinang dengan IPU 155 di Balik Pulau dan 132 di Minden.

Manakala di Seberang Perai pula, IPU mencatatkan 111. Harap tak adalah naik sampai 200 lagi.

Apa-apapun marilah kita doakan semoga jerebu di Pulau Pinang ni tak jadi makin buruk lagi.

Baca: “Indonesia teruk jerebu kenapa nama Malaysia keluar” – Malaysia Tersenarai Tempat Pertama IPU Tertinggi Di Dunia?!

Malaysia Terburuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.